02 November 2011

Wanita lemah lembut suka ramai anak

KEPADA kaum Adam, jika anda berfikir sama ada wanita idaman anda mahukan keluarga yang besar, jawapannya ada pada wajah wanita itu. Menurut kajian, perempuan dengan wajah kewanitaan lebih cenderung mahukan anak yang ramai dan lebih lembut wajah mereka, lebih banyak anak yang mereka inginkan. Kajian itu menyarankan lelaki yang terdesak untuk menjadi bapa perlu mencari perempuan berhidung kecil, bermata besar dan bibir tebal kerana mereka cenderung untuk memiliki sekurang-kurangnya empat anak. Namun, bagi lelaki yang kurang berminat menjadi bapa, mereka perlu mencari wanita yang kurang lemah-lembut kerana mereka mungkin cenderung untuk memiliki seorang anak saja. Saintis di Universiti St Andrews percaya penemuan itu dapat dijelaskan melalui hormon estrogen wanita apabila tahap hormon yang tinggi menghasilkan penampilan lemah lembut dan memupuk naluri keibuan.

No comments: