28 November 2011

Khasiat Betik

Khasiat Betik 
Betik (Carica papaya) ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum kasturi. Betik kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok. Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan ini adalah dengan cara memotongnya kepada dua, buangkan biji hitamnya dan potong memanjang.

No comments: