28 November 2011

Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak

Kencing manis atau diabetes sangat berbahaya. Penyakit ini mesti dielakkan kerana kencing manis atau diabetes boleh menyebabkan sakit jantung, darah tinggi dan merosakkan buah pinggang. Gula di dalam darah boleh menjadi racun jugalah. Kamu semua hendaklah berhati-hati jangan terkena ini penyakit kencing manis atau diabetes kerana nanti kamu semua menderita! Oleh itu, kamu semua mesti mahu tahu apa itu kencing manis atau diabetes dan bagaimana mahu mencegah penyakit kencing manis atau diabetes, merawat penyakit kencing manis atau diabetes dengan cara yang betul dan berkesan.

Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak

Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah.

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.

Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit.

Punca Kematian Kelima Tertinggi Dunia

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis.

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu :

1) Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetis yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong.

2) Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar 4 kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki).

Pecahan komplikasi kencing manis :

** 55% kematian kerana komplikasi jantung
** 13% kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
** 13% kes kematian kerana kanser
** 19% kes kematian kerana lain-lain penyakit

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).


Dapatkan Kacip Emas penawar diabetes mujarab d

Lagi info tentang KENCING MANIS :

Kacip Emas Penawar Diabetes Mujarab
Komplikasi dan Simptom Kencing Manis
Kacip Emas Penawar Kencing Manis Mujarab
Periksa Glukosa Sendiri
Pesakit Kencing Manis Boleh Berpuasa (1)
Pesakit Kencing Manis Boleh Berpuasa (2)
Kencing Manis dan Kerosakan Buah Pinggang
Lawak Kecing Manih (Kencing Manis)

Leg Amputation (Pictures)
Eating With Diabetes
Diabetes and Pregnancy
Diabetic Retinopathy
Fighting Diabetes
Diabetes Among Children on the Rise

No comments: