18 November 2011

KECEWA DENGAN NUFFNANG!

KEGEMBIRAAN AKU SEBAGAI BLOGGER HILANG APABILA NUFFNANG CARI PASAL LAGI. Setahu aku, tidak ada apa-apa salah aku buat dalam beberapa minggu ini pun. Satu bulan ka, dua bulan ka, semua salah silap tidak ada jugalah. Tapi Nuffnang cari pasal tiba-tiba tarik status Glitterati aku.

Aku tahu dalam beberapa hari ini blog aku terima TRAFFIK begitu tinggi jugalah. Bila CURRENT EARNING dan CTR BONUS aku meningkat dengan mendadak tiba-tiba NUFFNANG kasi cantas sudah. Aku banyak hairan sama Nuffnang. Dulu sangat bagus, sekarang macam ada banyak slack. Nuffnang selalu kasi tarik sama aku punya Glitterati. Lepas aku mengadu, tiba-tiba Glitterati aku ada balik.

Aku rasa petang tadi Glitterati aku ada, tapi sekarang ini malam sudah tidak ada lagi. Ini Nuffnang sudah tarik aku punya Glitterati membership secara tiba-tiba. Mungkin ada orang yang buat onar atau dengki ka? Aku tahu tauke besar Nuffnang bukan itu macam punya orang, oleh itu aku mahu bawa semua ini ke muka pengadilan lah!

Aku sudah bosan dengan Nuffnang tahun ini selalu banyak bagi aku rasa sedih juga. Aku rasa sangat marah ini tahun sama Nuffnang jugalah. Dulu ada juga aku baca beberapa orang Blogger sudah anti sama Nuffnang. Adakah aku juga akan jadi seperti tebu, habis manis sepah dibuang?

Aku sudah setia menatang Nuffnang bagaikan minyak yang penuh sejak bertahun-tahun dahulu tetapi rupa-rupanya aku memikul biawak? Ini tahun lah, Nuffnang selalu BIKIN HATI AKU PANAS!!! Sebelum ini tidak ada juga. Apakah kerana Nuffnang ada staff baru!

Aku rasa aku mahu telefon itu NUFFNANG punya bos jugalah, kasi tahu ada ka pekerja baru yang kasi problem sama aku! Sudah lama aku tidak bertanya khabar sama itu BOSS jugalah. Dulu Nuffnang selalu masuk surat khabar aku sangat gembira kerana aku sebahagian daripada Nuffnang jugalah. Tapi sekarang aku sangat kecewa dengan NUFFNANG. Selalu menghilangkan status Glitterati aku dan menghilangkan CURRENT EARNING dan CTR BONUS aku! Aku sangat marah ini!

NUFFNANG SILAKAN KEMBALIKAN AKU PUNYA GLITTERATI STATUS, CTR BONUS dan juga aku PUNYA CURRENT EARNING yang TINGGI itu!

No comments: