03 November 2011

Gambar Anak Justin Bieber - Jadi Bapa Kepada Bayi Lelaki

Wanita dakwa Justin Bieber bapa kepada anaknya

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita di negeri California mendakwa penyanyi remaja Justin Bieber (gambar) ialah bapa kepada bayinya. Laman hiburan RadarOnline dan majalah Star Magazine melaporkan wanita berkenaan, Mariah Yeater, 20, memfailkan saman di sebuah mahkamah dengan menyatakan bintang pop berkenaan ialah bapa bayi lelakinya yang berusia tiga bulan. Menurut laporan tersebut, wanita itu mahu Bieber, 17, menjalani ujian perubatan bagi mengesahkan secara saintifik bahawa bayi berkenaan ialah zuriatnya. Seorang jurucakap Bieber, Matthew Hiltzik bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

"Walaupun kami belum melihat saman itu, adalah sedih untuk seseorang sengaja mereka-reka dakwaan palsu yang berunsur fitnah," katanya. Menurut majalah Star, Yeater mendakwa dia berusia 19 tahun semasa berasmara dengan penyanyi kelahiran Kanada itu di belakang pentas di salah sebuah konsertnya di Los Angeles pada tahun lalu.

"Dia meminta mahkamah memaksa Bieber menyediakan nafkah secukupnya untuk anaknya," lapor majalah berkenaan. Bieber kini intim dengan aktres Selena Gomez iaitu seorang bintang remaja yang popular menerusi lakonannya dalam program televisyen terbitan Disney, Wizards of Waverly Place. - Agensi

Justin Bieber dah jadi bapa?
LOS ANGELES: Selebriti remaja, Justin Bieber dilapor disaman oleh seorang peminat dengan tuduhan dia adalah bapa kepada bayi yang dilahirkannya. Wanita California berkenaan dikatakan mendesak penyanyi berusia 17 tahun itu menjalani ujian DNA bagi mengesahkan secara saintifik bahawa dia adalah bapa bayi yang dilahirkan tiga bulan lalu, lapor laman web RadarOnline dan majalah Star. Bagaimanapun, jurucakap Justin Bieber menafikan dakwaan itu. Matthew Hiltzik berkata: “Walaupun kami belum menerima saman itu, adalah mengecewakan ada seseorang sanggup melakukan fitnah dan membuat dakwaan palsu.

“Kami akan bertindak mengikut semua saluran undang-undang untuk mempertahan dan melindungi Bieber daripada tuduhan itu.”

Bieber Jadi Ayah, Selena Gomez Hamil?
Bieber Jadi Ayah, Selena Gomez Hamil? - Selain khabar akan kedatanganya ke Indonensia, Justin Bieber juga ternyata punya khabar lain terkait dengan artis muda Selena Gomez yang dikabarkan hamil. kabar ini mucul setelah muncul beberapa foto mesra mereka sedang berciuman di sebuah kapal pesiar. Apakah benar Selena Gomez hamil dengan Justin Bieber sebagai ayah dari anaknya?


Berita bahwa Selena Gomez hamil ternyata hanyalah tipuan Twitter. kemungkinan besar rumor dan lelucon ini disebarkan oleh fans yang sangat terobsesi dengan Justin Bieber setelah melihat kemesraan mereka ketika menghabiskan malam tahun baru berdua di kapal pesiar. Sejak tersebarnya gambar Justin Bieber dan Selena Gomez tersebut, para penggemar Bieber memang banyak yang tidak suka dengan keberadaan Selena Gomez (sebagai pesaing). Bahkan ada kabar dari fansnya yang ingin bunuh diri setelah mengetahui itu.

No comments: