28 November 2011

AWAS BUAYA BERKELIARAN SELEPAS BANJIR!

Mimpi buaya ka apa ka ini, buaya tetap berkeliaran. Jangan tafsir apa-apa tentang buaya yang berkeliaran ini. Buaya-buaya ini juga mahu hidup, mereka sudah hanyut dibawa banjir ke kawasan kampung dan kawasan perumahan orang ramai iaitu manusia jugalah.

SEEKOR buaya yang ditangkap di wilayah Nonthaburi, utara Bangkok diletakkan dalam sebuah bot.

BANGKOK - Banjir besar yang semakin surut di Thailand membawa bersama ratusan ekor buaya dari kawasan paya bakau ke kawasan penempatan penduduk di sini.

Berpuluh-puluh ekor reptilia itu termasuk spesies ular berbisa dilihat berkeliaran di beberapa kawasan di ibu kota Thailand tersebut.

Kehadiran tetamu tidak diundang itu mendorong pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menangkap buaya yang terlepas.

Beberapa pasukan khas Jabatan Perikanan Thai menerima banyak laporan kehadiran reptilia buas itu seperti kejadian yang menimpa seorang penduduk di sini, Anchalee Wannawet.

Lelaki berkenaan melihat seekor buaya sepanjang satu meter dengan mulut terganga luas berada di tepi tandas di luar rumahnya baru-baru ini.

"Saya terus cabut lari," kata pemuda berusia 23 tahun itu.

Selain buaya liar banjir terburuk dalam tempoh separuh abad itu turut menyebabkan ratusan ekor buaya yang menghuni ladang-ladang buaya di pinggir bandar raya ini terlepas. - Agensi

No comments: