Amat memalukanlah! Ini AIM sudah bikin malu sama itu orang-orang penyanyi jugalah. Apa ini bagi trofi kemudian ambil balik, sudah buruk siku jugakah? Sekarang Anuar Zain sudah menang itu trofi, lagu Penakut kini sudah takut menang lagilah. Sekarang lagu Anuar Zain sudah lebih baik kerana nama pun Sedetik Lebih.
Kesilapan AIM memalukan - Sedetik Lebih dinobat Lagu Terbaik
KUALA LUMPUR: Kesilapan penganjur Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 memilih lagu Penakut sebagai Lagu Terbaik sebelum menarik balik anugerah berkenaan dan menyerahkannya kepada lagu Sedetik Lebih, adalah sesuatu yang memalukan.
Penyanyi Anuar Zain berkata, maruah beberapa individu pastinya tercalar selepas trofi berkenaan yang sudah pun diserahkan kepada Yuna sebagai pencipta dan penyanyi lagu Penakut ditarik balik, kemudian diberikan kepada lagu Sedetik Lebih, nyanyiannya ciptaan Edry Abdul Halim. “Kesilapan mesti diperbetulkan dan saya berharap, tiada pihak akan mempertikaikan lagi kredibiliti kami dan AIM sendiri selepas pembetulan ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Terdahulu, trofi yang dimenangi Yuna pada malam kemuncak anugerah berkenaan dipulangkan kepada Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM18 yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim.
Trofi itu kemudian diserahkan kepada Edry dan Anuar, selaku pemenang sebenar anugerah berkenaan. Turut hadir Yuna.
Sementara itu, Rosmin berkata, berlaku salah tafsir dalam kriteria anugerah oleh juruaudit luar rasmi bagi proses penghakiman AIM18.
“Lagu Terbaik sepatutnya dimenangi satu daripada pemenang Kategori Lagu Pop, Kategori Lagu Rock, Kategori Lagu Etnik dan Kategori Lagu Nasyid Terbaik,” katanya.
Lagu Penakut disenaraikan dalam Kategori Lagu Pop bersama-sama dengan Sedetik Lebih, tetapi tewas kepada lagu ciptaan Edry yang dinyanyikan Anuar.

No comments:
Post a Comment