19 September 2011

Lawak Tulisan Saya Buruk - Pakcik dan Amir

Lawak Tulisan Saya Buruk

Hari Isnin yang lalu, Amir telah pergi ke Pejabat Pos Besar Shah Alam untuk mengirim sebuah bungkusan yang agak besar. Setelah sampai disana, Amir menyedari bahawa bungkusan tersbebut tidak mempunyai alamat lalu dia membawa bungkusan tersebut ke sebuah meja yang ada di pejabat pos tersebut.

Ketika Amir sedang menulis alamat pada bungkusan tersebut, tiba-tiba datang seorang lelaki tua kepada Amir dan meyapa beliau.


Lelaki Tua: “Nak..pakcik nak minta tolong sikit boleh tak?“


Amir: “Tolong?? Tolong apa pakcik?“


Lelaki Tua: “Boleh tak anak tolong tuliskan poskad ni untuk pakcik? Sebenarnya tangan pakcik terseliuh tadi. Nak pegang pen pun tak boleh..apatah lagi nak menulis.“


Amir: “Ooo…..boleh..boleh.“


Amir pun mengambil poskad tersebut dan menulis apa yang dikatakan oleh lelaki tua itu tadi kepadanya. Setelah siap menulis Amir pun bertanya kepada lelaki tua tersebut.


Amir: “Ok! Siap. Ada nak tambah apa-apa lagi?“

Lelaki tua tersebut membaca poskad berkenaan dan kemudian dia berkata.


Lelaki Tua: “Anak tolong tambah kat bahagian bawah tu sikit boleh tak?“


Amir: “Nak tulis apa pakcik??“

Lalu lelaki tua itu pun berkata..


Lelaki Tua: “Anak tulis kat bahagian bawah tu….Maafkan saya kerana tulisan saya agak buruk…“

No comments: