09 January 2011

SEJARAH PERKEMBANGAN MAXIS

Binariang Sdn Bhd, yang memiliki Maxis Mobile (GSM 900) dan juga MEASAT I dan II (Malaysia East Asia Satellite) adalah merupakan salah sebuah pembekal perkhidmatan rangkaian penuh. Setakat ini, MEASAT digunakan terutamanya untuk membekalkan perkhidmatan penyiaran DTH di bawah subsidiarinya, perkhidmatan Penyiaran Astro Measat. Ia juga bercadang untuk menawarkan perkhidmatan telekomunikasi kepada rantau Asia, terutamanya negara- negara yang masih belum memiliki satelit.

Satelit ketiga dijangka akan dilepaskan tidak lama kemudian dan ia akan meliputi kawasan barat tengah. Namun samada projek ini akan dijalankan sepertimana yang dicadangkan adalah masih diragukan memandangkan situasi kesempitan wang yang dialami oleh syarikat tersebut.

Binariang telah pun secara agresifnya meembina infrastruktur telekomunikasi di keawasan penempatan baru dan kompleks perniagaan. Pendekatan ini dijangka akan dapat membuka pasaran telekomunikasi di kawasan penempatan baru serta zon perniagaan. Namun demikian Binariang telahpun mengalami krisis kewangan yang teruk. Kebelakangan ini, dalam percubaan syarikat tersebut untuk memfokuskan halatuju perniagaannya kepada perkhidmatan selular yang lebih lumayan, ia telah membuat keputusan untuk melucutkan jawatan seramai 400 pekerjanya dari Astro dan 300 lagi dari bahagian rangkaian perkhidmatan tetap.

Pemiliknya, Ananda Krishnan memegang 22 % saham manakala majoriti saham dimiliki oleh Usaha Teguh, sebuah syarikat yang dimiliki bersama Ananda Krishnan dan Tabung Amanah Tun Fuad Stephens.

Binariang mendapat perhatian luas apabila terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa ia akan dibeli dan dimiliki oleh syarikat asing. SingTel dipercayai telah memperolehi baki 61% saham iaitu sebanyak RM 1.4 billion yang dibenarkan untuk pelabur asing. Sebaliknya, apa yang telah berlaku adalah British Telecom (BT) membayar sebanyak RM 1.8 billion untuk memperolehi hanya satu per tiga ekuiti syarikat Binariang.

_________________________________
sejarah maxis binariang maxis profil kisah maxis syarikat maxis company maxis maxis sendirian berhad cerita maxis asal usul maxis

No comments: