28 November 2009

Mengembara melalui Internet

Mengembara melalui Internet
Oleh NUR AISHAH MOHD AMIN
KOSMO.COM.MY

Sesiapa sahaja kini boleh mengembara ke seluruh dunia tanpa perlu bersusah payah pergi ke pejabat agensi pelancongan untuk membuat tempahan.

MEMILIH lokasi percutian kini hanya di hujung jari anda.

AGENSI pelancongan dalam talian yang menawarkan pakej percutian tempah sendiri dengan pelbagai pilihan syarikat penerbangan, penginapan dan pelancongan pada kadar masa sebenar dengan pengesahan serta-merta kini boleh didapati di negara ini.

Menerusi PYOTravel.com, sesiapa sahaja boleh mengembara di seluruh dunia tanpa perlu bersusah payah pergi ke pejabat agensi pelancongan untuk membuat tempahan. Ini kerana, anda boleh membuat tempahan dari rumah, pejabat atau di mana-mana sahaja dengan melayari laman web tersebut.

Selain menawarkan pakej percutian mengikut pilihan anda, ia juga menyediakan perkhidmatan penerbangan dan tempahan bilik hotel.

TEMPAHAN untuk bilik penginapan mengikut bajet anda juga boleh dilakukan menerusi laman web ini.

Pengurus Besar PYOTravel.com, Francis Chin, berkata, PYOTravel.com memberikan tawaran kembara bermutu tinggi pada harga yang sangat berpatutan.

Menurutnya, untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, PYOTravel.com telah merombak keseluruhan sistem untuk mengukuhkan keupayaan teknologi dan juga menambah baik perantaraan laman webnya.

"Kami telah membina sebuah landasan yang sangat interaktif dan struktur navigasi canggih yang membolehkan pelanggan menempah pakej penginapan dan percutian dari keselesaan rumah mereka," katanya kepada Kosmo! di Kuala Lumpur.

Dipacu oleh sistem operasi yang baru dan mantap serta sokongan kukuh daripada rangkaian rakan kembara yang luas, PYOTravel.com dapat menjamin kadar masa sebenar dan memberikan pengesahan serta-merta mengenai kekosongan bilik hotel, tiket penerbangan dan pakej percutian di seluruh dunia kepada pengembara.

MENERUSI laman web ini, anda boleh membuat tempahan untuk mendapatkan pakej percutian impian di mana-mana sahaja anda berada. - Gambar hiasan

"Versi portal PYOTravel.com yang dinaik taraf ini memberikan kebebasan kepada pengembara untuk merancang pengembaraan mereka. Orang ramai mempunyai pilihan sehingga 10,000 hotel dan 1,000 pakej percutian dan pelbagai syarikat penerbangan utama di Asia Pasifik.

"Ia termasuk Malaysia Airlines, Cathay Pacific, Singapore Airlines, Qatar Airways, Thai Airways, China Airlines, Eva Air dan Air Asia," ujar Chin lagi.

FRANCIS CHIN (kanan) dan konsultan teknikal PYOTravel.com, Ernst van Oeveran menunjukkan laman web PYOTravel.com di Kuala Lumpur.

Di samping memberi pelanggan pengalaman pengurusan dan tempahan kembara yang mudah dan mesra pengguna, Chin yakin bahawa PYOTravel.com mampu menawarkan pakej dalam talian terbaik kepada pengembara di rantau ini.

"Dengan hanya tiga klik untuk mencari, memilih dan mengesahkan, PYOTravel.com membawakan kombinasi pakej percutian, penerbangan dan penginapan pada harga terendah ke destinasi Asia pilihan atau destinasi lain pelanggan," jelas Chin.


PYOTravel mempunyai lebih daripada 21 portal setempat untuk membolehkan pembelian dibuat dalam mata wang tempatan supaya pelanggan tidak perlu bimbang tentang kadar tukaran yang berubah-ubah.

Bagi membolehkan pelanggan membuat pertanyaan melalui telefon, pusat panggilan tempatan telah dibuka di bandar raya tertentu, iaitu Kuala Lumpur, Bangkok, Singapura, Hong Kong, Taipei, Sydney, Tokyo, Shanghai dan Manila.

Seiring dengan trend komunikasi semasa, PYOTravel.com telah menggabungkan ciri-ciri rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan blog di alamat www.pyobuddy.com pada portalnya.

"Kami akan terus memperluaskan tawaran sedia ada. Ini kerana portal kembara kami kini dilengkapi dengan keupayaan teknologi mantap yang membolehkan kami mencipta pelbagai pilihan menarik untuk pelanggan.

"Salah satu daripada pilihan ini termasuk keupayaan yang membolehkan pelanggan mengatur dan menempah jadual mereka sendiri pada harga terbaik dalam masa sebenar," kata Chin.

Menerusi segala inisiatif terbaru itu, PYOTravel.com menetapkan sasaran untuk menambahk keahlian pelanggan daripada 35,000 kepada 100,000 menjelang Mac 2010.

_________________________________
resepi makanan sarapan pagi resipi resepi enak resepi bujang resepi mudah resepi romantik resepi segera resepi cepat dimasak sedap dimakan resepi timur resepi masakan cina resepi kuih resepi orang muda resepi

No comments: