08 December 2008

Faizal AF4 Kemalangan Jalan Raya - Tidak Cedera

PETIKAN HARIAN METRO 06-03-2008

KUANTAN: Juara Akademi Fantasia 4 (AF4), Mohammad Faizal Ramly, 24, atau Faizal terbabit kemalangan apabila Toyota Vios dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan, pagi semalam.

Dalam kejadian di Kilometer 235, Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Plaza Tol Bukit Goh di sini, Faizal yang berasal dari Marang, Terengganu, bagaimanapun tidak cedera.

Ketika kejadian, Faizal dikatakan dalam perjalanan dari Terengganu menghala ke Kuala Lumpur untuk urusan peribadi, kira-kira jam 10 pagi.

Difahamkan, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Faizal yang popular dengan lagu ‘Lihatlah’ dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan.

Kejadian itu dipercayai akibat jalan licin berikutan hujan sebelum Faizal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Trafik Kuantan untuk membuat laporan.

Penyanyi muda itu baru kira-kira lapan bulan memperolehi lesen memandu selepas lulus ujian memandu di sekolah memandu, PSM Akademi di Gong Badak, Terengganu.
_________________________________
Faizal AF4 Kemalangan Jalan Raya Faizal AF4 Akademi Fantasia 4 Kemalangan Jalan Raya Toyota Vios Faizal AF4 Kemalangan Jalan Raya

No comments: