21 October 2008

Warga Afrika Pukau Sebelum Cabul Pelajar Kolej

SUBANG JAYA: Seorang pelajar wanita kolej swasta mendakwa dipukau lelaki warga Afrika sebelum dicabul di sebuah apartmen di Bandar Puteri Puchong, di sini.

Ketika kejadian, mangsa seolah-olah tidak menyedari dirinya berada di rumah suspek sebelum dicabul lelaki gila seks itu.

Pelajar itu bagaimanapun bernasib baik kerana tersedar sebaik suspek cuba bertindak membuka seluarnya.

Sumber berkata, ketika kejadian jam 5.30 petang Isnin lalu, mangsa berusia 18 tahun berada di asramanya di apartmen berkenaan, didatangi lelaki warga Afrika.

“Suspek menghampiri mangsa dan merampas telefon bimbit daripada tangannya lalu mendail nombor di telefon terbabit.

“Mangsa seolah-olah terpaku seperti dipukau dan mengikut suspek ke rumahnya di tingkat enam apartmen itu,” katanya.

Beliau berkata, ketika berada di rumah warga Afrika itu, suspek memeluk dan meramas bahagian sulit mangsa menyebabkan wanita itu meronta melepaskan diri.

Menurutnya, lelaki terbabit cuba membuka pakaian pelajar itu, namun berjaya dihalang mangsa.

“Dia bernasib baik kerana telefon bimbit lelaki Afrika itu berbunyi menyebabkannya melepaskan gadis berkenaan untuk menjawab panggilan telefon.

“Mangsa mengambil kesempatan melarikan diri dan pulang ke rumahnya,” katanya.

Sumber itu berkata, beberapa jam selepas kejadian itu, suspek memperkenalkan diri sebagai Mohamad menghantar SMS kepada mangsa mengajak mangsa berkahwin dan meminta maaf atas perbuatannya sebelum ini.

“Pelajar yang bimbang kejadian lebih buruk menimpa dirinya, membuat laporan polis sejurus selepas itu.

“Polis yang menyiasat kes itu berjaya memberkas suspek di tempat kejadian kira-kira jam 6 petang Selasa,” katanya.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

Menurutnya, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul kehormatan.


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

No comments: