03 September 2008

Blogger Edar Novel Cetak Rompak


Cukup berani! Nombor telefon bimbit dan e-mel digunakan
sebagai alat untuk urusan jual beli novel-novel cetak rompak!


ALAM BLOGGER, 3 SEPTEMBER 2008 - Dunia digital hari ini memungkinkan pelbagai perkara yang sebelum ini dijangka tidak boleh, boleh berlaku. Jika dahulu, dunia karyawan seni dan muzik dimusnahkan dengan gejala cetak rompak kaset, CD, MP3 dan seumpamanya, kini novel-novel tempatan dan luar negara turut menerima nasib yang sama.

Novel-novel Alaf 21, Buku Prima, PTS, Jemari Seni, Kaki Novel dan KarnaDya antara mangsa cetak rompak. Pemilik laman web http://novelmelayu.blogdrive.com yang berasal dari Meru, Klang ini terang-terang mendedahkan namanya, mengakui dirinya sebagai peminat nombor satu novel-novel tempatan.

Buku-buku dan novel-novel karya penulis tempatan seperti Farihah Iskandar, Irfan Khairi, Lily Haslina Nasir, Norzailina Nordin, Bahruddin Bekri, Hlovate, H.M. Tuah Iskandar, Ramlee Awang Murshid dan Aisya Sofea turut menjadi mangsa.

Lagi liputan berita novel cetak rompak: Novel Diubah Jadi E-Novel Cetak Rompak


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

No comments: