27 August 2008

Skandal Blogger: Lukisan Berbaur Lucah

ALAM BLOGGER 27 OGOS 2008: Seorang blogger bernama huruf pangkal S didapati telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan harga minyak dengan tidak segan silunya melukis dan menyiar gambar kartun lukisannya secara lucah di mana lagi jika bukan di blognya.

Blogger terbabit mengaitkan kenaikan harga minyak dengan kenaikan sesuatu yang berada di dalam seluar yang juga dikenali sebagai toot toot. Wartawan Blog Isu dan Berita Hangat berasa sungguh tidak sangka kerana ini adalah idea yang luar biasa.

Biasanya apabila harga minyak naik, maka setiap orang rakyat pun akan naik darah dan berasa marah. Namun, menurut seorang saintis yang dirahsiakan namanya, naik darah membawa maksud peningkatan kadar tekanan di dalam darah maka tidak mustahil bahawa toot toot akan naik.

Nampaknya Blogger yang bernama huruf pangkal S ini bijak berfikir dengan secara tersirat. Persoalannya, adakah setiap kali manusia naik darah, maka benda di dalam seluar itu pun akan naik juga?


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

2 comments:

wani ezryl * said...

xdelah, dia buat alasan je tu. real thing is; harga barang naik ke tak, dia adalah tetap pervert. haha

umi_e said...

Salam... itulah namanya kreativiti... bagi saya tiada apa yang salahnya... banyak benda lain yang boleh nak dikategorikan lucah jika nak disabitkan dengan kelucahan...

* Terserahlah kepada penerimaan masing-masing...