12 May 2013

Wanita berbogel gemparkan penduduk

LUBUK KAWAH - Seorang wanita dipercayai kurang siuman menggemparkan penduduk kampung ini apabila berjalan kaki di tepi jalan utama dekat Masjid Lubuk Kawah di sini, dalam keadaan bogel, petang semalam.

Wanita dipercayai berusia 40-an itu dilihat berbogel menyebabkan orang ramai menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber, penduduk kampung telah memberikan sepasang baju kurung kepada wanita yang tidak diketahui identiti itu sebelum dibawa ke Balai Polis Jertih oleh anggota polis.

Difahamkan usaha pihak polis mendapatkan maklumat diri dan keluarga wanita berkenaan gagal kerana wanita terbabit enggan bercakap.

Orang ramai juga memaklumkan tidak pernah melihat kelibat wanita berkenaan sebelum ini di kawasan Jertih dan usaha mengesan warisnya sedang dilakukan.

Sinar Harian
12 Mei 2013

No comments: