15 December 2012

Berita Palsu Kematian Madonna Mengejutkan Peminat Hiburan Seluruh Dunia

Kematian Madonna Mengejutkan Peminat Hiburan Seluruh Dunia
Selebriti yang baru sahaja mengumumkan akan mengadakan konsert tour tahun ini. Industri hiburan dunia dikejutkan dengan kematian Madonna menerusi laman sosial popular Twitter. Dalam waktu singkat, ”RIP Madonna” menjadi topik hangat di seluruh dunia.

“RIP Madonna. She released the cover for her last single before passing away (Berehat dengan aman Madonna. Dia melancarkan single terakhir sebelum mati),” demikian kenyataan @LGMonsterFacts di akaun Twitternya.
Bagaimanapun, kenyataan itu hanya sindiran terhadap Madonna oleh kelab peminat Lady Gaga (Little Monster) setelah Madonna mengumumkan bakal mengeluarkan sebuah album baru bersama LMFAO.

Namun, kenyataan palsu itu nyata menimbulkan reaksi kurang senang pelbagai pihak yang beranggapan kenyataan itu sangat biadab. Apatah lagi, dunia baru sahaja kehilangan penyanyi berbakat besar, Whitney Houston.

Malah ada beberapa peminat yang membalas kenyataan tersebut dan beranggapan ia bukan perkara lucu untuk dibuat mainan.

“Aku sama sekali tidak menganggap TT RIP Madonna ini lucu, kita baru saja kehilangan Whitney Houston. Ini bukan saatnya untuk bergurau. RT jika kalian setuju,” komen @dekendrickS.

No comments: