25 November 2012

Samsung Perkenalkan Galaxy SIII Edisi La Fleur

Samsung sekali lagi mengejutkan para peminat gajet terutama wanita apabila memperkenalkan Samsung Galaxy SIII edisi La Fleur. Dari apa yang dilaporkan, edisi khas La Feur itu dijangka akan dihantar dalam masa terdekat ke destinasi di seluruh dunia.

Samsung juga memperkenalkann edisi La Fleur ini terhadap beberapa model telefon pintar  yang lain iaitu Galaxy Ace 2, Galaxy Ace DUOS dan Galaxy S DUOS dengan mencetak kerawang yang berbentuk bunga di belakang dan hadapan telefon tersebut. Sekali imbas agak menarik penerapan bunga-bungaan terhadap model tersebut. Bagi pengguna tablet Galaxy Tab 2 7.0, ada khabar angin mengatakan bahawa edisi khas ini turut diperkenalkan pada model tablet ini, namun Samsung telah menafikan khabar angin tersebut.

Namun fungsi bagi telefon yang diterapkan La Fleur ini masih lagi sama, cuma dari segi visual tampak lebih menarik daripada yang biasa. Dijangka model ini dikeluarkan sempena hari Valentine seawal bulan Januari tahun depan.

Sumber: Sammobile

No comments: