08 November 2012

7 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia

7 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
7 Tempat paling seram dan menakutkan ini terdiri daripada taman permainan paling menyeramkan, rumah ibadah paling menakutkan, pasar paling menyeramkan, hutan paling menakutkan, pulau paling meremangkan bulu roma, kapal paling menyeramkan dan hospital yuang paling menakutkan.

Biasanya kita melawat atau melancong ke tempat-tempat menarik je seperti tempat bersejarah, pantai atau bukit-bukau, pergunungan yang cantik. Apa kata kita ubah pulak melancong ke tempat yang menyeramkan. Ok juga apa! tempat menyeramkan ni, ia juga ada sejarah dan kisah yang menarik disebaliknya. Ada berani? Boleh cuba datang melancong ke 7 tempat paling menyeramkan di dunia ni. 

Namun semua tempat ini terletak di luar negera dan pihak kerajaan tempatannya menjadikan tempat-tempat yang penuh misteri ini sebagai destinasi pelancongan. Rasanya Malaysia banyak jugak tempat cam ni, boleh dicadangkan buat destinasi pelancong juga kot.

Bagi mereka yang berjiwa kental pasti teruja nak merasakan kengerian sekaligus menjawab rasa ingin tahu. Kubur? Penjara? Rumah hantu? tapi 7 Tempat ini lebih menakutkan daripada yang anda bayangkan. Berikut adalah 7 tempat paling menyeramkan di dunia. Semuanya wujud di alam nyata dan boleh dikunjungi, bukan selangkah ke alam misteri.

1. Taman Permainan Chernobyl, Ukraine - Taman Permainan Paling Seram

Taman permainan ini terletak di bandar mati Pripyat, Ukraine. Suasana yang sepi membuat tempat ini begitu menyeramkan. Tak hanya sepi malah tempat ini juga amat berbahaya!

Di tahun 1986, terjadi sebuah bencana besar. Ketika itu, Kota Pripyat terkena kesan radiasi nuklear yang mematikan seluruh tanaman dan menyebabkan kemusnahan seluruh penghuni kota. Hingga kini, kesan radiasi nuklear masih menyelimuti tempat tersebut dan dianggap berbahaya. Dua agen perlancongan, lupine Travel di Inggeris dan Solo East Travel di Ukraine telah membuka tempat ini untuk pelancong ke taman permainan ini. Ada nak cuba bawak anak bermain di sini?

2. Sedlec Ossuary, Republik Czech - Tempat Ibadah Keagamaan Paling Seram

Sedlec Ossuary adalah tempat ibadah orang-orang Katolik Rom di Sedlec, Republik Czech. Salah satu perkara yang ganjil di sini adalah terdapat sekitar 40.000 kerangka manusia yang menjadi simbol di dalam tempat ibadah tersebut.

Yang paling menonjol di sini adalah lampu gantung di ruang tengah yang diperbuat dari kerangka manusia. Serta, lambang Schwarzenbergs, bangsawan Bohemian, di bahagian kirinya. Umur tulangnya dikatakan sudah beratus tahun usianya. Pasti, ini adalah perkara di luar akal sihat.

Pada mulanya, tulang-tulang tersebut diberikan secara percuma dari penganut ajaran Katolik Rom yang taat di seluruh Eropah. Mereka meminta untuk dikebumikan di sini selepas kepala biara dari Sedlec berpindah ke Jerussalem pada tahun 1278 dan membawa kembali tanah dari Golgoth, yang mana dikatakan sebagai tempat Yesus disalibkan.

Dari situlah ramai yang ingin dikebumikan di tanah Golgotha tersebut di tempat ibadah ini. Hingga kini tempat ini telah berubah menjadi perkuburan. Lalu semua tulang-tulang yang tertanam itu digali dan disusun dan kembali pada abad ke-16. Inilah cara yang berbeza untuk menjimatkan ruang perkuburan di sini.

Tempat ini dibuka setiap hari, (kecuali tarikh 24 dan 25 Disember) pukul 09.00-16.00 waktu tempatan dan masa lawatan ke dalamnya kira-kira 1 jam je. Tiket masuk sebanyak US $ 3. Untuk maklumat lebih lanjut sila layari laman web rasminya.

3. Hutan Aokigahara, Jepun - Hutan Paling Seram

Hutan Aokigahara adalah salah satu tempat amat menyeramkan di Jepun kerana hutan ini dikenali sebagai ‘hutan bunuh diri’. Inilah hutan yang dijadikan sebagai tempat bunuh diri oleh penduduk Jepun yang kecewa.

Telah dicatatkan seramai 54 orang melakukan harakiri atau bunuh diri di hutan ini. Dengan pepohonannya yang lebat di dalam hutan, tidak semua mayat tersebut dapat dijumpai. Bukan setakat itu sahaja, dikatakan medan magnet di Hutan Aokigahara ini akan membuat kompas tidak berfungsi dan hutan ini dipercayai dihuni oleh roh-roh yang marah.

4. Akodessewa, Pasar Tangkal, Togo - Pasar Paling Seram

Akodessewa adalah pasar jimat atau tangkal terbesar di dunia yang terletak di Lome, Togo. Tempat para mangsa voodoo. Di sini banyak tangkal yang digunakan untuk penyembuhan voodoo. Jimat atau tangkal tersebut berupa tulang kepala buaya, tangan cimpanzi, hinggalah ke  ular senduk.

Tangkal-tangkal tersebut dijual sebagai bahan asas. Kemudian akan dicampur dengan bahan dan dimasak dengan api. Serbuk hitam yang dihasilkan lalu digosok ke bahagian dalam dada pesakit dan dikatakan akan menyembuhkan dari apa jua penyakit.

5. Pulau Boneka, Meksiko - Pulau Paling Seram

La Isla de las Munecas atau yang lebih dikenali sebagai Pulau Boneka, adalah sebuah pulau yang amat menyeramkan di Mexico. Di sini terdapat banyak boneka-boneka atau patung yang tergantung di pohon-pohon pokok. Pastinya rupa patung tersebut sangat menakutkan!

Pada mulanya, di pulau ini tinggal seorang lelaki bernama Don Julian Santana. Dia hidup sekitar 50 tahun di sana dan meninggal pada tahun 2001. Selama hidupnya, dia mengumpul boneka-boneka atau patung dan cebisannya. Lalu dia menggantungkan boneka dan cebisannya tersebut di setiap pokok. Hingga hari ini, boneka tersebut masih lagi tergantung dan seolah-olah menjadi korban.

Namun, ada legenda di balik perbuatan Don Julain Santana tersebut. Ramai yang percaya, dia melakukan hal tersebut sebagai dedikasi dan pemberian untuk hantu kecil dari seorang gadis yang meninggal di parit dekat pulau tersebut. Pulau ini terletak sekitar 29 kilometer dari Mexico City, lebih tepatnya di Tasik Teshuilo, dekat dengan Xochimilco. Berani berkujung ke sana?

6. Pulau Kapal Perang, Jepun - Kapal Paling Seram

Pulau Hashima terkenal dengan julukan Pulau Kapal Perang. Pulau ini terletak di laut Nagasaki. Dulunya pada tahun 1950-an, pulau ini adalah tempat tinggal bagi para pekerja galian. Namun pada tahun 1974, pulau ini sudah ditinggalkan kerana pusat galiannya ditutup.

Pulau ini pun menjadi kota sejarah, dengan dikelilingi lautan dan tidak ada jalan keluar dari pulau itu. Hanya ada reruntuhan bangunan di sana, pulau ini juga menjadi seolah-olah tempat terpencil di bumi. Oleh sebab itulah, muncul kisah-kisah seram dan menakutkan di sana.

Namun demikian, Pulau Hashima dibuka untuk perlancongan pada tahun 2009. Anda boleh menghubungi Nagasaki Tourist Information di Kota Nagasaki untuk berkunjung ke pulau ini, Tapi perlu berhati-hati!

7. Hospital Sakit Jiwa Gonjiam, Korea - Hospital Paling Seram

Anda tahu kisah seram tentang rumah sakit jiwa yang penuh dengan barang-barang antik dan runtuhan bangunan? Rumah Sakit Jiwa Gonjiam di Korea adalah tempatnya. Bangunannya yang usang, menyeramkan dan banyak tragedi ngeri di dalamnya akan membuat bulu roma anda tegak berdiri!

Menurut masyarakat tempatan, kira-kira 10 tahun lalu, para pesakit di rumah sakit ini meninggal secara tak normal. Akhirnya, rumah sakit ini terpaksa ditutup. Bangunan ini sudah lama ditinggalkan dan barang-barang di dalamnya pun dibiarkan begitu saja, ada pagar kawat yang sudah berkarat dan kerusi bekas memeriksa pesakit.

Rumah sakit ini adalah salah satu daripada tiga tempat di Korea yang terkenal sangat menyeramkan. Dua lagi adalah Rumah Youndeok, yang dikhabarkan tempatnya roh-roh perang Korea tinggal. Satu lagi adalah Taman Neulborn, dulunya tempat ini adalah sebuah restoran dan hingga kini masyarakat di sana masih mendengar bunyi orang-orang mencuci pinggan mangkuk.

Selamat melancong ke tempat menyeramkan ini.
Sumber: CNNGo

No comments: