27 August 2012

Seks Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

KEBAIKAN SEKS - KEBAIKAN BERSETUBUH - Badan sihat dengan seks

NEW YORK: Lelaki yang melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya dua kali seminggu mampu mengurangkan hingga separuh terhadap kemungkinan diserang sakit jantung.

Kaji selidik terhadap 1,000 lelaki dilaksanakan Institut Penyelidikan New England di Massachusetts menunjukkan risiko menghidap sakit jantung mereka yang melakukan seks dua kali seminggu kurang 45 peratus berbanding lelaki yang melakukannya sekali atau kurang setiap bulan.

Kaji selidik itu bagaimanapun tidak mengkaji sama ada ia turut memberi kebaikan kepada wanita.

Kajian Penuaan Lelaki itu bermula 1987 dan membabitkan responden berusia antara 40 hingga 70 tahun.

Setiap responden akan disoal siasat pada waktu tertentu dalam tempoh 16 tahun untuk mengetahui kadar melakukan seks dan pemeriksaan dilakukan untuk mengenal pasti sama ada mereka menghidap penyakit jantung atau sebaliknya.

Penyelidik turut mengambil kira faktor lain, termasuk usia, berat badan, tekanan darah dan kadar kolesterol.

Selain hasil utama yang disiar di Jurnal Kardiologi Amerika, kaji selidik turut mendapati seks turut memberi kesan positif terhadap fizikal dan juga emosi individu.

Lelaki yang kerap melakukan seks lebih sihat kerana ia meningkatkan kesihatan kardiovaskular tapi selain itu lelaki ini akan lebih mesra dengan pasangannya sekali gus meningkatkan kesihatannya kerana beliau tidak menghadapi tekanan perasaan.

Sebelum ini, kaji selidik Insitut Barah Nasional AS menunjukkan mereka yang mencapai puncak ketika melakukan seks kurang risiko menghidap barah prostat.

Manakala penyelidik di Universiti Wilkes, Pennsylvania mendakwa hubungan seks sekali atau dua kali pada musim sejuk didakwa mengurangkan kebarangkalian menghidap selesema atau demam.

Menurut kajian, aktiviti seks meningkatkan penghasilan immunoglobulin A atau IGA yang bergabung dengan virus yang menceroboh tubuh dan kemudian mengaktifkan sistem ketahanan badan untuk memusnahkannya.

No comments: