27 August 2012

Rahsia Zakar Panjang Besar - Kisah Benar

Benarkah Zakar Panjang Lebih Nikmat
Isu kesihatan lelaki yang tidak putus-putus diperbincangkan oleh mana-mana lelaki seluruh dunia ialah soal panjang dan pendeknya anggota kemaluan mereka. Jika wanita sibuk membicarakan soal buah dada, lelaki pula sibuk bercakap tentang kemaluan mereka.Jika ditinjau pada laman web berkaitan dengan perkara pembesaran zakar, lebih 50 peratus laman web yang membincangkan isu tersebut secara terbuka termasuk rawatannya. Bagaimanapun, laman web tersebut hanyalah laman web komersial yang kebanyakannya memperkenalkan alat untuk membantu membesarkan zakar.

Ini termasuklah pam vakum atau alat penile extender, alat penarik zakar dan pil-pil herba yang kononnya dapat membesarkan tisu dalam zakar ke tahap yang diinginkan lelaki. Ada juga laman web yang menawarkan rawatan pembedahan untuk pembesaran zakar.Tinjauan rambang yang pernah dilakukan di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa buah negara lain berkenaan pendapat pasangan wanita tentang saiz dan bentuk zakar serta bandingan kepada teknik persetubuhan, mendapati lebih 60 peratus wanita Barat rasa tidak puas hati tentang saiz dan bentuk zakar pasangan lelaki mereka. Lebih 70 peratus daripada mereka menyatakan antara teknik bersetubuh dengan saiz zakar, mereka memilih teknik bersetubuh. Ini kerana mereka lebih selesa dengan sentuhan intim dan tumpuan pasangan kepada mereka daripada sentuhan kasar pasangan yang mementingkan diri sendiri.


Satu kajian yang pernah dilakukan di Universiti Kebangsaan Singapura tentang saiz zakar lelaki keturunan Cina, Melayu dan India mendapati, kesemua lelaki tersebut mempunyai saiz zakar yang berukuran lebih kurang 12 sentimeter dan lilitan 11 sentimeter semasa terangsang. Ia lebih daripada mencukupi untuk melakukan hubungan seksual tanpa keraguan tentang kekurangan anggota kelamin mereka. Dalam kajian yang sama juga didapati saiz zakar dalam keadaan tidak menegang tertakluk kepada beberapa faktor.

Antaranya, kesihatan lelaki, keadaan minda, tahap rangsangan, kekerapan melakukan hubungan seksual dan umur lelaki itu. Sehubungan itu, keadaan zakar waktu terangsang dan pada waktu tidak terangsang berubah-ubah dengan faktor tersebut.

Sebagai contoh, lelaki yang kerap melakukan hubungan seksual, akan mendapati anggota kelaminnya sentiasa tegap dan mantap, jika dibandingkan dengan lelaki yang kurang melakukan hubungan kelamin. Ini adalah perubahan semula jadi.

Secara umum, saiz zakar lelaki Cina dalam keadaan tidak terangsang ialah 8.3 sentimeter dari segi ukuran lilit zakar dan 8 sentimeter panjang. Lelaki India, 8.8 sentimeter dari segi ukur lilit dan 8.4 sentimeter panjang. Manakala, lelaki Melayu 8.6 sentimeter dari segi ukur lilit dan 7.8 sentimeter panjang. Bagaimanapun, lelaki Barat mempunyai kepanjangan 9.71 sentimeter dari segi ukur lilit dan 8.85 sentimeter panjang.

Kajian yang pernah dilakukan di unit urologi di beberapa buah klinik urologi swasta dan kerajaan tentang saiz zakar ketika dalam keadaan tegang (ketegangan dilakukan dengan menyuntik ubat pengembang otot zakar) mendapati, purata saiz zakar yang terpanjang ialah 16 sentimeter dan yang terpendek 8 sentimeter.

Zakar terpanjang yang pernah diperiksa di sebuah klinik sakit tuan ialah 24 sentimeter dan ukur lilitnya 16 sentimeter. Namun, lelaki tersebut bermasalah untuk bersetubuh dengan pasangan wanitanya. Terdapat juga lelaki yang mempunyai zakar yang kurang daripada ukuran tersebut dan bermasalah ketika melakukan persetubuhan. Bagaimanapun, kehamilan masih boleh berlaku akibat pancutan air mani di permukaan pintu faraj sekalipun tanpa tusukan.

Mengikut kajian Universiti Kebangsaan Singapura, perasaan kurang yakin tentang saiz dan bentuk zakar sedikit sebanyak mempengaruhi tahap ketegangan zakar. Justeru, tidak hairanlah jika zakar itu kelihatan tidak mantap atau kecil daripada biasa. Kajian pakar kesihatan seksual berkaitan dengan teknologi pembedahan pembesaran zakar mendapati, lelaki yang tidak puas dengan saiz dan bentuk zakarnya tidak akan rasa puas tentang hasil yang didapatinya selepas menjalani prosedur pembesaran zakar.

Walaupun saiz dan zakarnya telah meningkat 10 hingga 25 peratus, mengikut kemampuan hasil yang diberikan oleh prosedur tersebut. Lelaki tersebut akan berjumpa doktor lain untuk tujuan yang sama dan sudah tentu tidak akan rasa puas juga. Lelaki perlu tahu bahawa fungsi anggota kelaminnya ialah untuk menyalurkan air mani ke dalam faraj pasangannya untuk mendapatkan zuriat.

Zakar yang berukuran 6 sentimeter dalam keadaan tegang dapat disalurkan ke dalam faraj dan berkemampuan menyalurkan air mani ke dalam faraj. Berdasarkan pengalaman mengendalikan kes pasangan kelamin yang mengalami masalah kesuburan, saya mendapati zakar suaminya terencat (lebih kurang 3 sentimeter sebelum menegang dan 5 sentimeter semasa menegang) dan menghasilkan bilangan sperma yang banyak.

Isterinya berjaya hamil selepas masalah ovulasi dapat diatasi. Sehingga kini tidak pernah menyatakan ketidakpuasan hatinya berhubung kelamin suaminya yang kecil. Isu zakar kecil tidak timbul sama sekali untuknya. Isu ketidakpuasan wanita sebenarnya jarang berlaku kerana 1/3 bahagian faraj wanita di bahagian luar sahaja yang mempunyai rasa.

Kebanyakan bahagian sensitif wanita terletak dekat luar dan bukan jauh ke dalam faraj. Maka tidak hairanlah jika wanita tadi tidak rasa ralat kerana saiz zakar suaminya. Mengikut pengalaman beberapa wanita yang mempunyai banyak kekasih lelaki, mereka lebih selesa dengan kekasih lelaki yang mempunyai saiz zakar yang sederhana daripada saiz zakar yang besar.

Mereka juga mendapati kekasih yang suatu ketika dahulu mempunyai zakar yang kurus dan kurang mantap, lama-kelamaan menjadi lebih padat dan mantap, kerana anggota itu kerap digunakan. Jadi kekerapan penggunaan zakar memantapkan saiz dan bentuk zakar.

Malah, lelaki yang kerap mengurut zakar dengan minyak mendapati ketegangan zakarnya mantap dan membesar 1 hingga 2 sentimeter dalam masa 2 hingga 3 bulan, jika tidak diteruskan. Sama seperti lelaki yang menggunakan alat pam vakum selama setahun lebih, mendapati ketegangan zakarnya akan meningkat antara 2 hingga 4 sentimeter dari segi ukuran panjang atau ukuran lilitan. Bagaimanapun, ia tidak kekal dan akan menurun jika lama tidak menggunakannya.

Kesan sampingan berkaitan dengan penggunaan pam tersebut ialah melecet, kulit menebal, memanjang, boleh lebam jika penggunaan lebih setengah jam dan dalam keadaan penggunaan yang keterlaluan, otot zakar boleh rosak dan menjadi keras. Jadi mustahak untuk mendapat nasihat doktor terlebih dahulu dan pemeriksaan susulan dilakukan oleh doktor supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Zakar yang kecil akibat kekurangan hormon testosteron boleh diatasi dengan pengambilan hormon tersebut. Keadaan ini dikenali sebagai hipogonadisme.

Pengambilan hormon testosteron perlu dalam kawalan doktor kerana ada kesan sampingan. Terdapat beberapa herba yang menghasilkan `testosteron' secara semula jadi yang dapat membantu memantapkan zakar. Tongkat ali ialah herba yang mempunyai fungsi yang sedemikian. Ia tidak berkesan kepada lelaki yang belum baligh. Ia berkesan kepada lelaki yang mempunyai tahap hormon testosteron yang normal (rendah).

Pembedahan untuk pembesaran zakar melibatkan penambahan otot kepada zakar dan tisu selaput untuk meningkatkan ukuran lilitan zakar. Untuk ukuran panjang, pembedahan seperti memotong ligamen zakar boleh dilakukan dan zakar akan kelihatan terjuntai dan `panjang'. Bagi lelaki yang tidak puas dengan saiz zakar, jangan melakukan perkara yang boleh merosakkan fungsi zakar seperti mendapat nasihat dan rawatan orang yang tidak bertauliah. Berjumpalah pakar dan dapatkan maklumat yang tepat.

No comments: