17 August 2012

Penyakit misteri ragut nyawa 60 kanak-kanak di Kemboja

Penyakit misteri ragut nyawa 60 kanak-kanak di Kemboja
17/08/2012


PHNOM PENH: Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang mengenal pasti sejenis penyakit misteri atau punca penularan wabak baru yang kini sudah meragut nyawa lebih 60 kanak-kanak di Kemboja dalam tempoh tiga bulan lalu.

WHO berkata, penyakit misteri itu mengorbankan 61 daripada 62 kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital sejak April lalu.
Namun, buat masa ini tiada sebarang petunjuk bahawa ia merebak dari individu ke individu yang lain.

Pesakit akan mengalami demam panas diikuti masalah pernafasan teruk secara mendadak sehingga ada yang mengalami gejala neurologi.

Pegawai WHO di Phnom Penh, Dr Nima Asgari, berkata pihaknya tidak boleh menolak kemungkinan ia gabungan beberapa penyakit dikenali sebagai virologi, bakteria atau toksikologi yang membawa kepada satu sindrom atau sejenis penyakit baru.

“Pesakit dilaporkan berumur di bawah tujuh tahun dan menular ke beberapa wilayah di selatan dan tengah Kemboja.

"Bagaimanapun, usaha sedang dilakukan untuk mengenalpasti sama ada kumpulan umur yang lain juga kemungkinan terbabit,” katanya.

No comments: