28 August 2012

Pengadil MATI Selepas LEHER TERTUSUK LEMBING Dibaling Atlet

Pengadil MATI Selepas LEHER TERTUSUK LEMBING Dibaling Atlet
Saat mangsa dibawa ke hospital selepas lehernya tertusuk lembing yang dibaling seorang atlit.

Seorang pegawai sukan di Jerman telah meninggal dunia selepas lehernya ditusuk lembing ketika acara sukan itu berlangsung.

Lelaki berusia 74 tahun itu sedang mengadili acara olahraga belia di bandar barat Düsseldorf ketika kejadian malang itu berlaku pada hari Ahad (26/8/2012) lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Dieter Strack segera dibawa ke hospital tetapi telah meninggal dunia pada pagi Isnin.

"Pengadil sukan yang popular dan berpengalaman ini adalah mangsa kemalangan tragis semasa menjalankan tugasnya pada 26 Ogos lalu," kata persatuan sukan tersebut itu di laman webnya. "Kami yang berada di sana sangat terkejut dan dukacita dengan kejadian ini."

Atlet berusia 15 tahun yang membaling lembing tersebut telah menerima kaunseling psikologi.

Polis telah membuka kertas siasatan ke atas kematian ini secara rasmi tetapi petunjuk awal mengatakan kejadian ini adalah kemalangan, kata jurucakap polis Andre Hartwig.

Pertandingan olahraga yang berlangsung di Rath, Düsseldorf ditamatkan selepas kejadian itu.

No comments: