15 August 2012

Kisah seorang gadis melayu yang terlanjur

Kisah seorang gadis melayu yang terlanjur

Tujuan entri saya pada kali ini adalah ingin berkongsi suatu kisah mengenai seorang gadis melayu yang terlanjur bersama-sama pasangan kekasihnya. Seorang remaja yang masih menuntut di sebuah universiti tempatan telah melakukan perbuatan yang terkutuk bersama pasangannya di sebuah rumah apabila keluarga mereka tiada dirumah. Perempuan ini telah menangis dan menyesal terhadap perbuatannya. Ikutilah kisah ini selanjutnya.

Nada dering telefon ku berbunyi. Nombor telefon yang tidak ku kenali telah terpapar di paparan telefonku. Aku memang takkan angkat panggilan jikalau nombor yang ku tidak kenali berada di telefonku. Tetapi hatiku mengatakan angkatlah panggilan ini. Aku pun mengangkat. Suara gadis yang sedang menangis telah ku kecami. Rupa-rupanya gadis tersebut adalah seorang rakan lamaku di sekolah menengah dahulu. Oh lamanya kami tidak berhubung. Aku ingatkan gadis tersebut menangis sebab dah lama tak hubungi ku. Rupa-rupanya dia telefon sebab nak bercerita masalah yang dia hadapinya.

Nora : Assalamualaikum Ayie. Ayie busy tak sekarang ni? Sebenarnya Nora tengah ada masalah ni. Nora nak dapatkan pandangan Ayie la. Ramai kawan-kawan laki Nora, bila call dorang buat bodoh jer. Tolong Nora ye Ayie.

Ayie : Waalaikummussalam Nora. Wah lama betul ya tak dengar suara Nora yang merdu tu. Huhuhuhu. Tiba-tiba je call. Call pulak sebab bila ada masalah ek. Hurmm pandai betul ek. Bila susah, baru nak cari kawan. Hahaha. Ooops berceramah pulak. Ada masalah apa ek?

Nora : Ishhh Ayie ni. Orang ada masalah dia boleh ketawa2 pulak. Grrrr.. Macam ni, Nora 2 hari lepas terlanjur dengan boyfriend. Ala terlanjur yang gitu-gitu tu. Macam orang dah kahwin buat tu la Ayie. Jadi Nora sekarang ni takut la. Takut mengandung je. Jadi, macam mana? Apa yang Nora nak kena buat ek?

Ayie : Buat bodoh jer. Hahahaha. Amik ko. Jap2 aku nak dapatkan idea dulu untuk berceramah ngan ko ni.

Nora : Hei Ayie. Kalau tak boleh tolong, tak apa lah. Orang tengah sedih ni main-main pulak.

Ayie : Alahai. Ko ni kuat “touching” pulak ek. Ko main sedap tak? Ni dah 2 ari tak main, mana boyfriend ko tu? Dah mati ke? Aku memang macam ni. Tolong tu memang akan tolong. Tapi ko kena tahan jer la kata-kata ku. Memang pedih la cakap aku ni

Nora : Memang lah best. Boyfriend Nora sekarang ni dia tadi call nak putus. Dah best, dia mintak putus pulak. Ala Nora dah kenal Ayie. Tak apalah. Cakap jer.

Ayie : Euk ko ni macam tak menyesal je. Hahaha. First of all, sorry to say yeah. Ko ni bodoh lagi bengap la beb. Lepas habis sekolah dulu kan aku dah cakap dengan semua kawan-kawan termasuk ko sekali. Jangan buat benda bodoh tu. Nanti ko menyesal. Sekarang ni, baru ko tahu penyesalan tu kan? Disebabkan ko bodoh, so ko kena buat bodoh jer la. Banyakkan solat taubat. Solat lima waktu tu, zohor, asar, maghrib, isyak dan subuh tu ko kena buat. Jangan ko bodohkan juga. Sebelum ni ko period kan? Jadi bulan ni, ko tunggu je la. Period or tak. Kalau tak period, pi la klinik. Kalau doktor cakap ko pregnant, aku tak mahu tolong. Sebab aku dah taubat tolong orang yang selalu pregnant jer. Asyik2 aku je yang kena bila korang pregnant. Tolong selesaikan la konon. Fuck la. Kan dah kena bebel. Hahahaha

Nora : Grrrr. Ok Ayie. Nanti Nora call ayie lagi ek.

Otak ada. Tapi masa buat tak gunakan akal fikiran untuk berfikir. Tahu buat sahaja. Alahai. Bila dah terantuk, baru nak terngadah. Dah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Jadi fikir-fikirkanlah ya. Selamat beramal. =)):))

No comments: