Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia Sebab Penyakit Paru-paru
JASIN: Penyanyi dan pengacara, Khairil Izwan Pilus, 33, atau lebih
dikenali sebagai Izwan Pilus yang meninggal dunia petang kelmarin, tidak
sempat menunaikan hasrat menyambung pengajian peringkat sarjana dalam
bidang penyiaran.
Ibunya, Normah Abdullah, 54, berkata, anak keduanya itu sebelum
ini sedang mencari institusi pengajian tinggi yang sesuai untuk
melanjutkan pelajaran, namun Allah lebih menyayanginya dan perancangan
dilakukan itu tidak sempat dilaksanakan.
“Itu antara perancangan yang mahu dilakukan arwah, menuntut ilmu pada
peringkat lebih tinggi walaupun sudah mempunyai Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia (UUM).
“Selain itu, arwah juga ada menyatakan mahu berjaya dalam kerjaya
sebagai penyanyi dan pengacara,” katanya majlis pengebumian bekas
pengacara Bintang RTM itu di Tanah Perkuburan Orang Islam, Nyalas, dekat
sini, semalam.
Lebih 500 ahli keluarga, saudara-mara, rakan artis serta peminat
menziarahi jenazahnya di rumah keluarganya di Taman Nyalas Permai, di
sini.
Semalam, Berita Harian melaporkan, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur pada jam 6.15 petang, kelmarin.
Izwan dimasukkan ke hospital berkenaan jam 12.30 malam, Khamis
lalu disebabkan demam kuning sebelum doktor mengesahkan Allahyarham
meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus dan kuman dalam darah
yang serius sehari selepas itu.
Normah berkata, anaknya sentiasa mengambil berat keadaan keluarga dan sangat manja walaupun pendiam.
“Arwah seorang anak yang baik dan tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapanya,” katanya.
Sementara itu, adik Allahyarham, Khairil Azam Pilus atau Aril
berkata, Allahyarham sempat berpesan kepadanya supaya menjaga ibu bapa
mereka, malah abangnya itu pernah memarahinya beberapa minggu lalu hanya
kerana dia tidak tahu melipat baju.
“Tiga minggu lalu, ketika berada di rumah (Ampang), arwah
marah-marah sambil berkata nak tunggu aku mati ke baru nak belajar lipat
baju?
“Tidak sangka arwah sudah pergi,” katanya dalam keadaan sebak, semalam.
Bekas pengacara Bintang RTM dijangkiti kuman dalam darah, kencing tikus
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara, Khairil Izwan Pilus atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus, 32, meninggal dunia di Hospital Ampang, di sini, petang semalam, berikutan jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus. Bekas pengacara Bintang RTM itu menghembuskan nafas terakhir di hadapan keluarga dan rakan baik kira-kira jam 6.15 petang. Anak kedua daripada empat beradik itu dimasukkan ke hospital disebabkan demam kuning, kira-kira jam 12.30 malam kelmarin. Awal Disember lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak dan ditahan di wad selepas mengadu demam panas, manakala adiknya, Aril AF7 turut dimasukkan ke wad sama akibat demam denggi.
Jenazahnya dibawa pulang ke kampungnya di Jasin, Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang, Gubah, Jasin, kira-kira jam 9 pagi hari ini.
Allahyarham mula dikenali dalam industri hiburan tanah air selepas menjadi finalis Bintang RTM 2004 dan pernah muncul dengan album Indah Lelapku pada 2005. Beliau juga pernah menjadi finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 dan finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14.

No comments:
Post a Comment