29 December 2011

Resepi Ayam Masak Merah Paling Wangi

Resepi Ayam Masak Merah 1

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
2 biji bawang besar- dipotong membulat
3 cm kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 batang serai-dititik
8 sudu besar sos tomato
6 sudu besar cili sos
3 sudu besar gula
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR:

8 biji cili kering
5 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
3 cm halia


Resepi Ayam Masak Merah Wangi

Bahan-bahan (4-5 orang)

1/2 ekor ayam atau 5 ketul peha ayam (terpulang)
Garam dan kunyit
1/2 ulas bawang besar (dihiris bulat)
10 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato (dihiris)
1/2 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

    Gaul garam dan kunyit pada ayam. Kemudian goreng sehingga hampir masak.
    Tumis bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tomato dan sos tomato. Tumis sehingga pecah minyak.
    Masukkan garam dan gula secukup rasa.
    Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.
    Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biar 2-3 minit.
    Siap untuk dihidangkan.

Kalau tak nak pedas, kurangkan sikit cili kering. Boleh tambah 2-3 helai daun limau purut untuk aroma yang menyelerakan.


Resepi Ayam Masak Merah 2


Bahan-bahan ( 4 orang )
  •     1/2 ekor ayam
  •     sedikit garam kunyit
  •     ## Bahan-bahan kisar ##
  •     4-5 biji cili kering
  •     1 cm halia
  •     2 ulas bawang putih
  •     1 labu bawang besar
  •     1 biji tomato-potong dadu
  •     1/2 cawan sos tomato
  •     ## Bahan Hias ##
  •     1/2 biji bawang besar- potong bulat
  •     kacang hijau secukupnya

Cara-cara
  •     Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  •     Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  •     Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  •     Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.


Resepi Ayam Masak Merah Wangi 2

Bahan-bahanya

1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)

2 sudu besar cili kisar

3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus)

1 batang serai

1 batang kulit kayu manis

2 sudu besar sos cili

1/4 biji bawang besar dihiris kasar

1/2 biji tomato

1/2 cawan kacang peas ( ros guna kacang peas dalam tin cap ayam brand)

garam

gula

Cara-caranya

1. Gaul ayam dengan kunyit , garam dan 2 sudu besar tepung gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2.  Kisar bawang putih dan bawang besar, kalau tumbuk halus pun boleh, ros guna blender sebab takde lesung batu. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.

3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.

4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan. Ros suke ayam masak merah ni, sebab dia wangi, penambahan serai dan kulit kayu manis tu membangkitkan lagi selera dan aromanya. Selamat Mencuba.

No comments: