Betulkah atau tidak betulkah tulisan ini? Mari kita selidiki kemudian nanti.
BEZA MENTEGA DAN MARJERIN
Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda
(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang
melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah
otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi
mendapat semula wang pelaburan mereka.
Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu
mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti
mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan
pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ....perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai
jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya
sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin
boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding
memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.
Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah
makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan
lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin
terhasil kurang dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid
lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga
kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol
berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko
penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan.
Ia juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta keberkesanan insulin
semula jadi badan.
Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan .
INI IALAH BAHAGIAN YANG
SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini
sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur
hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna
hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).
Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat
teduh..
Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:
1-tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia
sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
2-ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai
nutrisi, tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma
juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada
plastik.
Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti
anda?
No comments:
Post a Comment