04 December 2011

Bahaya Mengandung Ibu Muda - Keburukan Seks Usia Muda

1. Kira-kira 63 peratus daripada 12 juta pesakit penyakit kelamin ialah remaja yang berusia di bawah 25 tahun.

2. Kehamilan remaja (bawah 15 tahun) mendedahkan risiko kematian dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding ibu berusia 20 hingga 24 tahun

3. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang berusia kurang 15 tahun mempunyai risiko tiga kali ganda lebih tinggi menghadapi kematian dalam 28 hari pertama selepas kelahiran.

4. Kebanyakan ibu muda terlepas peluang untuk belajar dan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

5. Pengguguran tidak selamat sama ada dilakukan oleh bukan pengamal perubatan terlatih atau menggunakan kaedah yang tidak saintifik boleh menyebabkan komplikasi kematian,kehilangan darah,jangkitan kuman dan kecederaan pada organ pembiakan.

No comments: