Siti Sarah dan Shuib Dapat Anak Lelaki
Penyanyi yang popular menerusi lagu ‘Kesetiaan’, Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan anak sulungnya seorang lelaki tepat jam 10.19 pagi tadi. Sarah yang sebelum itu dilaporkan telah dimasukkan ke hospital Ampang Puteri, Ampang pada malam semalam,3 Disember.
Sarah Raisuddin lahirkan bayi lelaki
KUALA LUMPUR 4 Dis. - Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan bayi sulungnya hasil perkahwinan dengan pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu pada pukul 10.19 pagi ini. Bayi lelaki seberat 3.32 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini. Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini bersyukur dan gembira kerana dia kini bergelar seorang bapa.
"Alhamdulillah, Sarah selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat walaupun terpaksa melalui kaedah pembedahan, bukan kelahiran secara normal.
"Kali pertama melihat bayi saya, perasaan bercampur-baur iaitu antara gembira dan terharu kerana beginilah rupanya perasaan seorang lelaki yang menanti untuk bergelar ayah.
"Dengan kelahiran orang baharu dalam keluarga kami, ia semakin menambahkan semangat buat saya untuk lebih berjaya pada masa hadapan," ujarnya.
Shuib yang bergegas pulang dari Sabah berkata, dia akan berusaha untuk memperbaiki perjalanan karier seninya memandangkan tanggungjawab yang dipikulnya kini lebih berat. Kata Shuib, Sarah kini sedang berehat di hospital sementara menunggu kebenaran doktor untuk pulang.

No comments:
Post a Comment