15 November 2011

Maharaja Lawak Mega - TERKINI

Maharaja Lawak Mega merupakan sebuah lagi program pencarian pelawak professional terbaik dan terhebat dari rantau Asia Tenggara. Sebelum ini, program Maharaja Lawak Mega yang telah berlangsung pada 1 April telah menampilkan kesemua bekas-bekas finalis Raja Lawak musim pertama hingga kelima. Kini, program Maharaja Lawak Mega disambung lagi tanpa penglibatan bekas peserta Raja Lawak malah menampilkan 47 pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Maharaja Lawak Mega juga akan dikendalikan oleh AC Mizal yang juga merupakan bekas pengacara Maharaja Lawak Mega. Maharaja Lawak Mega lebih hebat daripada sebelumnya kerana menggabungkan tiga buah negara bagi memartabatkan bidang komedi ke tahap yang lebih tinggi. Rancangan ini bersiaran secara langsung pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 oktober 2011 di Astro Warna (Saluran 132). 

BERITA MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU KE-2 
Pelbagai respon diterima pihak produksi Astro apabila nama pengkritik mulut pedas, Adlin Aman Ramlie diumumkan sebagai peserta Maharaja Lawak Mega. Malah, kewibawaan Adlin menyertai program lawak itu dikritik hebat memandangkan dia dilihat masyarakat bukan sebagai artis komedi sebaliknya merupakan anak kepada pelakon komedi terkenal, Allahyarham AR Tompel. Bagaimanapun, persoalan dan tanda tanya itu makin lenyap sebaik saja menyaksikan persembahan Adlin pada minggu pertama Maharaja Lawak Mega. Kesamaran perasaan itu terus lupus dan berubah rentetan daripada lawak jenaka Adlin yang sanggup berpakaian seperti wanita India bersama sari yang menampakkan pusat pada minggu kedua persembahan Maharaja Lawak Mega. Menerusi persembahan minggu pertama, Adlin telah menjual kisah peribadi ayahnya. Manakala melalui minggu kedua, Adlin yang tidak pernah berpakaian perempuan dalam mana-mana program TV sanggup bertukar jantina dengan memakai pakaian wanita. Timbul pula persoalan benarkah biras AC Mizal itu sanggup melakukan apa saja memandangkan dia disifatkan tidaklah sehebat peserta berkumpulan Maharaja Lawak Mega yang lain. Betulkah begitu? "Saya sanggup buat apa saja demi menampilkan persembahan yang dapat menghiburkan penonton. Namun, saya tidak akan buat satu perkara yang sampai memalukan serta membodohkan diri saya. Memang benar, ini kali pertama saya memakai pakaian wanita di khalayak masyarakat," ujarnya. Dalam pada itu, Adlin turut menegaskan apa yang dilaksanakan pada malam itu bukanlah satu publisiti murahan tetapi lebih kepada satu konsep penceritaan yang profesional. "Selain melakukan satu persembahan lawak jenaka yang lain dari kebiasaan, saya juga cuba memberitahu masyarakat tentang saya yang juga pandai menari. Saya juga ingin mengetengahkan tarian tradisional India. Saya berharap penonton terhibur dengan persembahan saya itu," katanya.  

BERITA MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU KE-3 
Minggu ketiga Maharaja Lawak Mega sebentar tadi menyaksikan 6 penyingkiran sekali gus dilakukan, di mana 5 peserta dumumkan penyingkiran mereka di awal rancangan dan satu lagi di penghujung rancangan. Seperti dijanjikan minggu lalu, lima peserta telah disingkir pada awal minggu ini dan peserta-peserta tersebut ialah kumpulan Lanun, kumpulan Gebu, kumpulan Comel, kumpulan Caer dan kumpulan RAP. Penyingkiran lima peserta tersebut menyaksikan 12 peserta yang tinggal membuat persembahan di atas pentas Maharaja Lawak Mega minggu ketiga yang bersiaran secara langsung dari Royale Theater Selangor, Shah Alam serta turut dipancarkan ke Astro Warna (saluran 132). Selesai kesemua 12 peserta membuat persembahan, hos AC Mizal kemudiannya memanggil tiha peserta yang mendapat markah terendah berdasarkan undian penonton dan permarkahan juri untuk minggu ini. Tiga peserta yang mendapat markah terendah itu ialah kumpulan Syok, kumpulan Anje dan Adlin Aman Ramlie. Bagaimanapun, Dato' Siti Nurhaliza yang merupakan salah seorang juri tetap mengumumkan Anje adalah peserta yang meninggalkan Maharaja Lawak Mega untuk minggu ini. Penyingkiran Anje bermakna 11 peserta lagi bakal meneruskan cabaran Maharaja Lawak Mega untuk minggu keempat. Selain Siti Nurhaliza, dua lagi juri tetap ialah Dato' Chef Wan dan lagenda bolasepak, Zainal Abidin Hassan. Manakala juri jemputan pula ialah penyanyi Singapura, Art Fazil.

No comments: