28 November 2011

82 PENJENAYAH BERBAHAYA TERLEPAS DARI PENJARA

 Bunyinya ini amat menakutkan kerana penjenayah berbahaya telah terlepas dari penjara di Brazil. Mereka ini adalah pembunuh, perompak dan pengedar dadah. Orang ramai pasti berasa takut kerana mungkin penjenayah ini akan membunuh, merompak dan mengedar dadah lagi.

82 penjenayah berbahaya larikan diri dari penjara 
BRASILIA: Seramai 82 banduan - kebanyakannya disabitkan kesalahan membunuh, merompak dan mengedah dadah - memboloskan diri dari Penjara Barreiras di Bahia, timur laut Brazil, kata polis semalam. Menurut pegawai polis setempat, banduan terbabit melarikan diri beramai-ramai malam Jumaat melalui lubang di bumbung sebuah bangunan. “Ketika itu hujan lebat dan tiada seorang pun pengawal mendengar bunyi mencurigakan,” katanya. Pihak berkuasa hanya menyedari insiden itu selepas orang awam menghubungi mereka memaklumkan ada ramai lelaki dilihat lintang-pukang lari dari penjara. Pusat tahanan itu mempunyai kapasiti 28 banduan saja, tetapi pihak berkuasa meletakkan kira-kira 170 orang, menyebabkan keadaan berasak-asak. Sementara itu, pegawai keselamatan tempatan berkata, sehingga malam tadi, tiada seorang pun banduan terbabit berjaya ditahan semula. Bagaimanapun, dia enggan memberikan sebarang maklumat tambahan. - AFP

No comments: