16 October 2011

TV Bravia Sony Berasap Cepat Panas Ditarik Semula

1.6 juta TV Bravia dipanggil semula: Sony 
 Disediakan oleh Berita Harian 

TOKYO: Sony Corp mengarahkan penjualan 1.6 juta televisyen LCD peringkat global dipanggil semula berikutan masalah kecatatan yang boleh menyebabkan ia panas melampau, berasap dan menyebabkan sebahagian komponennya cair. Sony sudah menerima 11 laporan berhubung masalah itu di Jepun, bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kerosakan diterima membabitkan televisyen keluaran syarikat berkenaan. Antara model yang dipanggil semula termasuk Bravia KDL-40X5000, KDL-40X5050, KDL-40W5000, KDL-40V5000 dan KDL-40V3000. - AP

No comments: