31 October 2011

Qalisha Ray Penyanyi Tolak Lamaran VIP

Qalisha Ray Tolak Lamaran VIP 
PETALING JAYA: Biarpun kerjaya masih lagu hijau dalam industri ini, pendatang baru, Noor Qalisha Ahmad atau Qalisha Ray, 20, mengaku pernah beberapa kali dilamar oleh orang kenamaan (VIP). Menurut Qalisha, dia terpaksa menolak lamaran-lamaran tersebut dengan cara yang baik supaya tidak menyinggung perasaan mereka. "Saya faham apabila masuk dalam industri ini sudah tentu kita bakal menjadi perhatian, tapi saya anggap itu sebagai salah satu ujian kecil. "Sebelum menjadi artis lagi memang ada ganggaun seperti ini, mereka beri macam-macam hadiah dan kad ucapan setiap hari," katanya ketika ditemui selepas melakukan persembahan di PJ Half Marathon 2011, di Stadium Kelana Jaya, Ahad. Katanya, dia tekad memasuki industri ini adalah dengan satu matlamat iaitu berjaya meletakkan diri dalam industri muzik tanah air. "Kalau saya ingin masuk dalam industri ini kerana ingin mencari jodoh sudah lama saya kahwin, tapi saya ingin capai dulu cita-cita untuk berjaya dalam bidang nyanyian. "Bagaimanapun apabila saya jelaskan perkara tersebut baik-baik pada mereka barulah mereka faham dan saya harap mereka terus meminati saya biarpun hanya sebagai peminat," katanya. Qalisha popular dengan lagu Satu Januari Penyanyi berasal dari Kelantan yang baru melancarkan mini album pertamanya berjudul Qalisha menganggap perjalanan seninya baru sahaja bermula. Malah dia sudah menyiapkan diri dari segala kontroversi atau gosip yang menjadi lumrah sebagai anak seni. "Saya buat keputusan untuk berada dalam industri ini kerana saya sudah sedia dari segi mental dan fizikal. "Oleh itu setiap kali keluar dari rumah saya sudah mengingatkan diri sendiri agar tidak terdedah dengan perkara-perkara yang mengundang padah," katanya yang popular dengan lagu Satu Januari. Dalam pada itu, Qalisha yang menganggap pertemuan dengan penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza semasa penggambaran iklan Simply Siti sebagai satu pengalaman berharga. "Kenangan paling berharga ialah dapat berbual dengan penyanyi pujaan saya Datuk Siti Nurhaliza, banyak rahsia dan nasihat yang diberikan. "Antara perkara paling utama yang dia pesan adalah banyak bersabar dengan apa juga rintangan dalam industri ini," katanya.

No comments: