10 October 2011

Nanu Baharudin muat naik gambar bersama Anjing peliharaan di Facebook

Nanu Baharudin muat naik gambar bersama Anjing peliharaan di Facebook 
Dipetik dari OhArtis.com 

Tidak kira artis muda atau tua, jika ada isu pasti kami akan ketengahkan. Jika dulu Sharifah Sofea pernah mengecewakan peminatnya dengan bergambar dengan anjing, kali ni giliran Nanu Baharudin pula bergambar dan bermesra dengan anjing. Gambar-gambar mesra Nanu Baharudin dan keluarganya bersama anjing peliharaan mereka di muat naik sendiri ke Facebook tidak lama dulu. Jelas kelihatan Nanu mendakap kemas anjing tersebut seperti ada ‘kimia’ antara mereka. Mesra atau tidak tapi kami berpendapat tindakan Nanu adalah salah. Apatah lagi Nanu seorang public figure dan sudah pasti gambar-gambar ini mengundang kontroversi. 

Mungkin Nanu akan mempersoalkan tindakan kami memaparkan gambar-gambar dia bersama anjing peliharaannya dengan memberi jawapan standard seperti ini “Tak salah kalau pegang time kering, jangan ingat saya tak tau hukum hakam agama.” 

Sebelum lebih ramai yang buta hati memberi kenyataan yang bukan-bukan lebih baik kami kongsi sekali hadis tentang memelihara anjing seperti di bawah. 

“Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim. ”

No comments: