10 July 2011

Berapa Saiz Zakar Lelaki Sejati

Saiz Zakar Bukan Penentu Kenikmatan Seks

BERAPAKAH saiz zakar yang sewajarnya bagi seseorang lelaki sejati untuk memuaskan isteri apabila sudah berkahwin kelak?


INGIN TAHU

Serdang, Selangor


Anda perlu tahu bahawa saiz dan bentuk zakar ditentukan mengikut keturunan, bangsa dan baka. Zakar ialah anggota kelamin untuk melakukan hubungan seks penetratif.


Bentuk dan saiznya berubah mengikut tahap rangsangan seksual dan paling mustahak, ia cukup tegang untuk disalurkan ke dalam faraj.

Jika gagal, keadaan ini dikenali sebagai disfungsi erektil atau mati pucuk. Mengikut kajian mengenai panjang dan ukur lilit ketika zakar ereksi, purata saiz panjang antara 12 sentimeter (sm) dan 16sm manakala ukur lilit antara 8sm dan 11sm.

Tidak dinafikan sebilangan kecil lelaki memiliki saiz zakar besar secara luar biasa seperti 18sm dan ukur lilit 14sm.

Kesudahannya saiz dan bentuk zakar tidak mempengaruhi kualiti hubungan seksual antara pasangan, asalkan mereka berdua puas dengan apa yang mereka lakukan. Malah, hubungan intim seksual boleh dilakukan walaupun tiada penetrasi zakar faraj.

Bagaimanapun, sebilangan lelaki sememangnya tidak cukup puas dengan saiz dan bentuk zakar mereka serta mungkin mengalami masalah ‘body dismorphism’ yang tidak senang dengan keadaan tubuh badan tertentu, seperti saiz dan bentuk zakar.

Untuk mereka, lebih baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan perbincangan daripada berjumpa pak karut atau mencuba apa-apa dalam laman tertentu yang boleh memudaratkan kesihatan.


Saiz Zakar Remaja Bukan Ukuran

SAYA berumur 17 tahun dan mempunyai ukuran zakar 7 hingga 8 inci (ereksi), lebih besar daripada rakan sebaya serta melebihi pusat.

Masalah saya ialah ketika ereksi di khalayak ramai saya terpaksa menahan kesakitan kerana zakar tersekat pada pinggang seluar. Selain itu saya juga sukar menumpukan perhatian dan kerap beronani bersama adik dan rakan sebaya.


Teruna rimas
Kuala Lumpur


Anda menghuraikan diri anda sebagai lelaki tulen dengan mengaitkannya dengan saiz zakar yang ‘luar biasa’. Apa yang anda dapat (anggota badan) sama ada kurang atau lebih, semua itu pemberian Allah.

Anggota badan termasuklah alat kelamin adalah amanah Allah dan anda perlu menjaganya dengan baik. Anda perlu menjauhi perkara yang ditegah dalam agama seperti melakukan aktiviti onani tidak kira bersendirian atau bersama rakan, menonton video lucah, melayari atau membaca bahan bacaan lucah.

Bayangkan jika anda ketagih beronani, sudah tentu alat sulit tidak berfungsi dengan sempurna dan berkemungkinan mati pucuk ketika usia masih muda.

Jangan terlalu memikirkan saiz zakar anda kerana ia tidak menandakan anda hebat dalam hubungan kelamin. Ia bukan senjata tetapi lebih berfungsi untuk mengikat kemesraan dengan pasangan apabila berkahwin kelak.

Tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depan anda kerana itulah yang akan menentukan kedudukan anda dalam keluarga dan masyarakat.

No comments: