08 December 2010

Petua Hubungan Cinta Jarak Jauh

Petua Hubungan Cinta Jarak Jauh

Cinta masih boleh dilaksanakan walaupun kekasih anda berjauhan atau bekerja di tempat yang jauh. Ini bererti anda harus melakukan segala sesuatu yang sedikit berbeza sehingga jarak tidak lagi menjadi masalah. Berikut adalah lima petua untuk mempertahankan hubungan ketika anda berdua terpisah oleh jarak:

1. Sentiasa menghubungi si dia
Kunci mempertahankan hubungan cinta jarak jauh adalah tetap mengadakan hubungan terus menerus. Chatting, saling sms, telefon atau email secara teratur adalah langkah yang dapat dilakukan sekalipun hanya untuk menceritakan hari-hari yang membosankan. Ini akan membuat anda merasa seperti anda sebahagian daripada hidup masing-masing sekalipun anda terpisah berbatu-batu.

2. Tunjukkan Betapa Anda Memberi Perhatian Kepadanya
Tunjukkan perhatian anda kepadanya meskipun anda berada jauh dari sisinya. Kirimkan dia e-card yang lucu , hangat dan menyentuh atau kirim dia buku yang selalu dia ingin membacanya. Ini akan menyentuhnya dan membiarkan dia tahu bahawa anda tengah memikirkannya.

3. Jangan Biarkan Perselisihan Faham
Selalu cari penyelesaian segera mungkin ketika anda berselisih kerana semakin lama dibiarkan, masalahnya akan semakin rumit. Jangan pernah menggantungkan pada masing-masing atau mengabaikan e-mailnya. Ketika Anda jauh, telefon dan e-mail menjadi pengerat buat Anda.

4. Bersemangat dan Lakukan Sesuatu Milik Anda
Jangan mensia-siakan hidup hanya kerana dia berada di tempat yang jauh. Tetaplah pada kebiasaan harian atau mungkin lebih baik. Untuk semua kesempatan yang anda batalkan atau ketika memutuskan tidak punya waktu kerana dia, sekarang saatnya untuk melakukan semua itu.

5. Realistik

Jangan harap dunia akan berubah mengikut kehendak anda dan akhirnya bersatu kembali. Ada banyak hal yang perlu difahami. Ia telah berada di lingkungan yang berbeza sehingga fahamilah ia perlu waktu untuk beradapatasi kembali hidup di rumah bersama-sama. Sisihkan waktu dan saling berbicara apa yang tengah terjadi. Walaupun ini adalah cara sensitif untuk memahami kehidupan masing-masing
_________________________________
petua cinta cinta jarak jauh tips bercinta percintaan love cinta sejati mencari cinta sejati rahsia percintaan rahsia cinta teknik bercinta skill memikat lelaki teknik memikat wanita

No comments: