Mengikis tabiat buruk
SUMBER: KOSMO!
Tabiat buruk seperti mengumpat, malas, tidak menjaga kebersihan dan sebagainya boleh diubah asalkan diiringi dengan niat dan usaha yang tinggi.
TABIAT suka mengumpat perlu dihindari kerana ia merosakkan hubungan sesama manusia.
TANPA disedari setiap daripada kita mempunyai tabiat buruk yang sukar untuk diubah. Berbicara mengenainya, sebenarnya terdapat pelbagai tabiat buruk yang dimiliki manusia. Sesetengah tabiat buruk itu boleh dilihat dengan jelas pada kelakuan seharian.
Sebagai contoh, setiap kali menjamah makanan, kuah lauk yang diceduk ke pinggan pasti tertumpah terkena alas meja. Sedangkan perkara ini boleh diatasi jika anda merapatkan pinggan makan pada mangkuk lauk.
Selain itu, ada juga individu yang memiliki tabiat suka meminjam barang orang. Pantang barang itu dia suka pasti diminta pinjam.
Tabiat buruk lain, misalnya ada sesetengah individu yang suka mengumpat. Pantang bila diajak berbual pasti ada yang diumpatkan. Ini menyebabkan orang yang diumpat teraniaya sekali gus membuatkan individu tersebut membenci anda.
Ada juga individu yang suka mencari salah orang lain. Semua pandangan orang tidak diterima. Bagi dia hanya pandangan dan kata-kata yang dikeluarkan daripada mulutnya sahaja yang betul.
Anda ingin mengikis dan seterusnya membuang tabiat buruk itu agar orang di sekeliling tidak jelek melihatnya? GenK senaraikan beberapa tip bagaimana menghilangkan tabiat buruk.
Berperingkat-peringkat
Jika anda menginginkan suatu perubahan, jangan lakukan perubahan itu secara drastik, lakukanlah secara berperingkat-peringkat.
Perubahan secara drastik dan mendadak akan membuat anda tertekan. Ini membuatkan anda merasa putus asa dan kembali pada tabiat yang asal.
JANGAN memaksa diri untuk membuang tabiat buruk dengan drastik sebaliknya lakukan secara beransur-ansur.
Beringat selalu
Jika anda telah ditegur rakan disebabkan tabiat buruk, cuba untuk berubah. Sentiasa beringat untuk tidak melakukan tabiat buruk tersebut pada masa akan datang.
Tabiat buruk yang berulang-ulang menyebabkan rakan merasa jemu dan benci pada diri anda.
Kena ada kemahuan dan niat
Anda ingin berubah tetapi tidak memiliki kemahuan dan niat yang sungguh-sungguh. Jangan berharap perubahan itu akan berlaku jika tiada niat untuk berubah.
Setiap satu perubahan yang diinginkan memerlukan kemahuan yang tinggi dan keazaman yang tidak berbelah bahagi.
Selami dan fahami
Selami dan fahami dahulu tabiat buruk anda. Fikirkan impak negatif yang bakal anda peroleh jika tabiat buruk itu masih anda praktikkan.
Bersabar
Jangan mudah berputus asa jika anda masih mengulangi tabiat buruk tersebut.
Memang tabiat buruk susah untuk dibuang. Ini kerana, perubahan melalui tahap dan proses yang panjang. Mungkin anda beringat untuk tidak melakukannya sekarang. Namun, tanpa disedari anda mengulangi semula tabiat buruk itu kemudian harinya.
TABIAT buruk ketika menikmati makanan adalah sesuatu yang harus diubah.
Berdoa
Jika anda merasakan rakan-rakan menjauhkan diri disebabkan tabiat buruk anda itu, berdoalah memohon pada Tuhan agar tabiat buruk itu dapat anda buang.
Jangan pula berdoa tetapi anda tidak berusaha untuk membuangnya. Seiringkan doa dengan usaha, lama-kelamaan tabiat buruk itu dapat dibuang dari dalam diri anda.

No comments:
Post a Comment