01 January 2009

Rahsia Keserasian Pasangan Menurut Urutan Kelahiran

Rahsia Keserasian Pasangan Menurut Urutan Kelahiran

Percaya atau tidak, orang-orang tua memang selalu menghubungkan hari dan tarikh kelahiran , mahupun urutan kelahiran kita dalam hal jodoh dan keserasian pasangan.. Jika kombinasinya tidak sesuai, dengan cepat mereka mengatakan si dia bukan jodoh kita. Benarkah demikian?

Sekadar ingin tahu, tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik menurut para orang tua zaman dulu? Siapa tahu ada persamaan dengan hubungan anda dan si dia saat ini? Kononnya, kombinasi hubungan yang sesuai adalah anak tunggal berpasangan dengan si bongsu, si sulung dengan si bongsu, si tengah dengan si bongsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai berikut:

Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitan untuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan.

Si Sulung dengan si Tengah
Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya. Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok bagi siapa saja dan mudah diajak berbincang

Si Tengah dengan si Tengah
Memiliki potensi untuk serasi di antara satu sama lain. Meskipun keduanya si tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yang lainnya agak kebongsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi.

Si Tengah dengan si Bongsu
Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan ke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin saja dia akan terpengaruh dengan gaya hidup si bongsu yang suka akan keseronokan serta menimbulkan masalah seperti pernikahan si bongsu dengan si bongsu.

Si Sulung dengan si Bongsu
Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bongsu bagaimana mengurus hidup dengan lebih baik dan serius. Si bongsu akan dapat mengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.

Si Bongsu dengan si Bongsu
Berhati-hatilah kerana anda berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan, maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.

Anak Tunggal dengan anak Tunggal
Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan banyak waktu untuk hidup rukun dan saling mendukung.

Paparan di atas hanyalah mitos dan kepercayaan dahulu kala. Percaya atau tidak, semuanya kembali pada diri anda.



_________________________________
petua pasangan hidup rahsia anak bongsu anak sulung anak tengah anak tunggal mitos perkahwinan berdasarkan kedudukan anak dalam keluarga petua pasangan hidup rahsia anak bongsu anak sulung kepercayaan anak tengah anak tunggal mitos perkahwinan berdasarkan kedudukan anak dalam keluarga petua pasangan hidup rahsia anak bongsu anak sulung anak tengah anak tunggal mitos perkahwinan berdasarkan kedudukan anak dalam keluarga kepercayaan

No comments: