Fasa-fasa Perhubungan Cinta ke Arah Cinta Sejati
Dalam usaha untuk ‘mencipta’ sebuah perhubungan cinta yang indah, intim, sihat dan bahagia selamanya, setiap pasangan secara sedar atau tidak pasti melalui beberapa peringkat sebelum mencapai Cinta Sejati.
1) Cinta Yang Romantik
Cinta pada tahap ini segalanya indah, segalanya mungkin sampai ‘Lautan api sanggup ku renangi’. Kekasih berada di ingatan hampir setiap masa. Bila berjauhan teramat rindu, bila bertemu macam tak nak balik la pula rasa! Keinginan dan kehendak pasangan akan cuba dipenuhi dan dituruti seboleh mungkin.
Ramai pasangan yang berfikir bahawa perasaan cinta yang indah dan romantik amat ini akan berterusan selamanya. Ya lah, janji diucap sehidup semati, ‘dunia bagai kita yang punya’ gitu!
Cinta pada peringkat ini biasanya amat dipengaruhi, menuruti perasaan dan kurang sekali menggunakan akal yang waras.
Peringkat ini biasanya bertahan dari empat bulan(ada yang kurang dari tempoh ini) ke tiga tahun(biasanya dua tahun lebih). Ini adalah peringkat yang paling pendek/singkat masanya berbanding dengan peringkat yang seterusnya.
2) Penyesuaian Kepada Realiti
Okay.. realiti. Dunia yang nyata. Bila realiti muncul, peringkat romantik dan penuh fantasi tadi tu dah mula ‘pecah’. Peringkat ini muncul mungkin secara tiba-tiba atau perlahan tanpa disedari. Mana satu pun cara peringkat ni muncul/tiba, yang pasti ia disebabkan berlakunya konflik dalam perhubungan. Tak kiralah konflik kecil atau besar.
Pencetus konflik boleh berlaku dalam berbagai bentuk dan cara dalam berbagai keadaan dan masa.
Bagi yang nak bertunang atau nak kahwin mungkin jangkamasa pertunangan menjadi isu,atau jumlah duit hantaran,besar kecil majlis perkahwinan yang nak dibuat dan sebagainya. Bagi yang sedang bercinta mungkin cemburu tak tentu pasal, dan bagi yang telah berkahwin pulak macam-macamlah perkara yang boleh jadi pencetus konflik.
Apa saja sebabnya, lepas saja berlakunya konflik, peringkat pertama perhubungan tadi tu akan terganggu.
Perbezaan atau kekurangan dari segi apa pun pada diri pasangan yang tak nampak/tak tau akan mula terlihat. Perasaan tak selesa, tak puas hati, kecik hati, terluka, konflik sudah mula mengambil tempat dalam perhubungan. Ada yang mula rasa ini bukanlah seperti perhubungan yang diimpikan.
Pada peringkat ini adalah biasa terutama bagi wanita akan mula rasa seolah-olah kehilangan sesuatu yang indah. Keinginan nak intim dan erat seperti sediakala mencengkam dan masih wujud namun perasaan menjadi keliru. Kenapa? Sebab perasaan takut sudah mula bertapak. Takut kehilangan, takut kecewa, takut ditipu dan dipermainkan. Bagi yang pernah gagal bercinta, pengalaman lalu mula menghantui diri.
Pasangan secara tiba-tiba terpaksa berurusan dengan perbezaan yang nyata di antara dua pihak, cara menguruskan emosi diri, emosi pasangan dan juga macamana menguruskan perhubungan.
Pendek katalah ya, boleh dikatakan peringkat ini adalah peringkat yang SEBENAR dalam bermulanya sesebuah perhubungan yang “real” ke arah Cinta Sejati.
Bila peringkat ini semakin berkembang, perbezaan pendapat antara pasangan semakin kerap berlaku. Isu kecil pun boleh jadi konflik besar. Lebih buruk lagi suara dah mula tinggi , sindir menyindir, ayat dan perkataan terhadap pasangan dah mula kasar dalam berkomunikasi.
Kedua pihak mempertahankan pendapat masing-masing sehingga kadangkala ‘berperang’. Ada juga dari ‘berperang’ mulut sehingga menjadi penderaan fizikal oleh pasangan. Dalam kes ini selalunya wanita yang menjadi mangsa serangan/penderaan fizikal.
Perlu anda faham, dalam perhubungan jangka panjang antara anda dan pasangan, konflik yang besar(tak kiralah apa jenis konflik) akan berlaku kepada 99% pasangan!
Peringkat inilah juga wujud perasaan ingin memutuskan perhubungan. Pasangan yang dianggap Cinta Sejati tiba-tiba dianggap amat menyusahkan.
3) Peringkat Penilaian
Pasangan yang masih/mampu bertahan di peringkat sebelum ini akan mula berfikir dengan serius di peringkat ini. Setiap kekurangan, perbezaan sikap dalam diri sendiri dan pasangan secara semulajadi akan menjadi perhatian dan dikaji.
Soalan seperti, “Betul ke dia ni pasangan yang sesuai dengan aku?” akan mula terfikir. Kadangkala perhubungan kelihatan tenang tapi hakikatnya perhubungan berada seperti ‘telur di hujung tanduk’. Ramai juga pasangan pada peringkat ini dah mula ada ‘affair’ di luar perhubungan.
Bahayanya di peringkat ini, banyak perhubungan yang gagal!
Pasangan yang berada di peringkat ini perlu mempunyai sikap yang positif dan kemahiran dalam menguruskan konflik,perasaan sendiri dan pasangan serta hubungan. Perasaan perlu dikawal dengan ilmu dan emosi TIDAK boleh dibenarkan sama sekali mengambil tempat fikiran yang waras. Fokus yang tinggi bersama usaha KEDUA-DUA pasangan adalah amat penting.
Hanya dengan cara ini perhubungan dapat dikekalkan dan bergerak ke peringkat seterusnya.
4) Peringkat Kesedaran
Di peringkat ini, kedua pihak sudah mula merapatkan diri dan keinginan untuk meneruskan perhubungan sudah mula terbit.
Segala pengalaman yang telah dilalui,diharungi bersama menjadi satu pengajaran berguna. Konflik dan perbezaan pendapat masih juga berlaku tapi cara dan pendekatan penyelesaiannya sudah mula berbeza. Takde lagi ‘peperangan’.
Kedua pihak mula menggunakan peluang untuk menyelami dan mengenali dengan lebih dalam dan dekat pasangannya. Perbezaan diri masing-masing sudah mula diterima dengan baik dan positif.
Ini memulakan perhubungan yang jujur dan ikhlas membawa kepada perasaan puas dalam perhubungan di antara dua pihak. Perkongsian perasaan dan penerimaan akan keinginan yang berbeza antara pasangan mula berlaku dengan pantas. Mereka akan mula melihat pasangan sebagai diri sendiri.
5) Penerimaan
Peringkat terakhir yang membawa kepada perhubungan yang komited. Pakar merumuskan kurang 5% pasangan tiba di peringkat ini, penerimaan yang mutlak dalam perhubungan.
Di peringkat ini, setiap individu bertanggungjawab dalam tindakannya terhadap diri sendiri, pasangannya dan perhubungan. Dua jiwa menjadi satu. Bekerjasama dalam segala sudut yang diperlukan pasangan dan perhubungan. Konflik sekiranya berlaku(pasti berlaku kerana konflik adalah perkara biasa dalam sesebuah perhubungan) bukan lagi perkara yang merosakkan malah merapatkan lagi perhubungan dan kemanisan cinta.
Pengalaman peringkat-peringkat sebelum ini menjadikan hubungan amat matang dan kuat sehingga ke tahap;
Mereka kenal di antara satu sama lain dan faham keinginan serta apa yang diharapkan oleh pasangan tanpa perlu diberitahu!
Mereka bekerjasama, ‘team work’ untuk kekal harmoni dan tentu sekali menghormati hak pasangannya secara individu. Pendekkan cerita..inilah Cinta Sejati!
Kesimpulan
Ini adalah 5 peringkat kebanyakan pasangan lalui dalam proses perhubungan jangka panjang. Tidak semua pasangan akan lalui setiap peringkat dengan pasti mengikut turutan yang diterangkan tadi.
Anda perlu tahu di tahap/peringkat mana perhubungan anda sekarang supaya anda dan pasangan boleh menentukan tindakan terbaik yang diperlukan untuk mencapai perhubungan yang berkekalan.
Perhubungan yang mencapai tahap Cinta Sejati memerlukan masa, ilmu, kesedaran, pengorbanan kedua-dua pihak dan usaha yang berterusan.
Cinta Sejati BUKAN berdasarkan fantasi seperti di peringkat pertama. Cinta Sejati adalah cinta yang “Berpijak di Bumi Nyata”.
Cinta anda?
_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri
No comments:
Post a Comment