10 December 2008

Kesilapan Besar Selepas Putus Cinta - Penyelesaiannya Bagaimana?

3 Kesilapan BESAR Selepas Putus Cinta dan Macamana Nak Buat?

Okay. Sekarang tiba-tiba sahaja anda sudah sedar… anda kembali “single”!

Jadi. apa nak buat ya?

Amaran: Jangan menyusahkan hidup anda dengan melakukan temu janji cinta terlalu awal selepas putus cinta. Berapa awal ‘terlalu awal’ tu? Bergantung kepada keadaan semasa putusnya perhubungan anda.

Apa sekali pun: Enam bulan atau lebih.

“Atau lebih”? Ya! Enam bulan atau lebih!

Kalau jari kita terluka, perlu masa untuk baik. Kalau luka itu dalam perlu lebih lagi masa untuk sembuh. Untuk pulih sepenuhnya dari putus cinta sama sahaja, perlukan masa.

Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh ramai orang selepas mereka putus cinta dan bergelar “single” ialah melibatkan diri dengan seseorang yang lain SEBELUM luka lama anda sembuh semula.

Dua lagi kesilapan yang berkaitan termasuklah anda tidak mengambil sepenuh tanggungjawab “bersama” atas perkara yang menjadi sebab putusnya hubungan anda dan anda tidak pastikan isu itu selesai sebelum anda mulakan hubungan yang lain.

Melakukan perkara yang sama berulang-kali dengan mengharapkan keputusan yang berbeza adalah tindakan tidak waras.Sedar bahawa hati anda perlu pulih tetapi tidak berbuat apa-apa takkan membantu anda bersedia untuk perhubungan seterusnya malah hanya memanjangkan lagi penderitaan.

Jadi, bagaimana nak elakkan kesilapan yang sama berlaku? Hidup “solo” untuk beberapa waktu!

Perlu anda faham, sebelum anda melibatkan diri dan berjaya mendapat cinta dan perhubungan yang sejati serta sihat, pertama sekali anda perlu melibatkan diri anda dengan “diri” dan perasaan anda sendiri.

Dalam menilai diri sendiri, tolonnglah berlaku jujur.

Lihat diri anda dengan ikhlas tentang apa yang mungkin telah anda buat dan lakukan sama ada sengaja, syok sendiri atau tidak yang boleh menyumbang terhadap gagalnya cinta anda yang lepas. Anda mesti berjanji untuk buat perubahan dalam diri anda SEBELUM terlibat dalam perhubungan cinta seterusnya.

Sekarang adalah masanya untuk anda menjadi lebih matang. Sebagai seorang yang telah kembali “solo”, anda seharusnya menggunakan masa ini untuk melihat dan mengkaji sikap anda dahulu, apa yang telah anda lakukan semasa bercinta dan juga apa yang anda tak suka dengan sikap bekas kekasih anda. Kalau boleh, buat satu ‘resume romantik’ yang akan anda tuliskan sikap positif dan romantik bekas kekasih dan apakah sikap dan ciri lain yang anda inginkan dalam diri kekasih anda yang akan datang.

Ini adalah masanya untuk anda menimba pengalaman berdiri atas kaki sendiri. Belajar jadi matang dan berdikari. Ingat…anda mesti belajar untuk berdiri dengan sendiri dahulu sebelum anda boleh berdiri bersama!

Bukanlah maksudnya nak berkawan dengan jantina yang sama saja, dating pun tak boleh, boleh…tapi bila ber’dating’ tu, anda MESTI menahan keinginan untuk melibatkan diri dalam satu perhubungan yang lebih intim terlalu awal. Jangan la baru ‘dating’ dengan seorang saja dah mula nak bercinta, nak lebih intim. Berkawan ramai sikit, ’dating’ lebih dari seorang, tak salah sebab itu atas dasar berkawan. Pastikan jangan la pulak terlibat dalam masalah sosial sebab terlebih berkawan ya! Kawal diri, perasaan dan sedar batasan anda. Tujuan anda hanya untuk berkawan, itu saja. Hai-hai, dating? Masya-Allah.

Anda tak perlu melibatkan diri dalam perhubungan baru secepat mungkin selepas putus cinta dengan harapan ia akan dapat mengubat hati yang lara.Itu adalah tindakan yang TIDAK bijak! Katakan kalau kita demam la ya, doktor akan menasihatkan kita supaya berehat 1-3 hari bergantung kepada betapa serius demam kita, beri cuti sakit bukan nasihatkan kita terus berkerja. Ini tindakan BIJAK. Jadi jangan terlalu cepat ok!

Perhubungan yang terputus, memedihkan dan amat melukakan perlukan masa untuk sembuh. Maksud saya adalah perhubungan yang memedihkan dan melukakan dengan diri anda. Anda perlu faham ,sebelum anda pulih dan sembuh sepenuhnya, ada beberapa masalah yang perlu dibaiki dan diselesaikan dulu.

Selalunya tindakan kita tidak bermatlamat. Kita salahkan bekas kekasih, mak mertua, adik-beradik ipar, saudara mara, kawan-kawan dia atau kita, sesiapa saja silap-silap ayam, kucing, kambing pun kita salahkan kecuali… “penyangak” yang sebenar! Mana dia tahu semua orang macam tu?

Kalau nak tau apa masalah dalam perhubungan yang lepas, senang saja… pergi tengok cermin. Dah nampak? Ya,andalah masalahnya!

Beranilah melihat jauh ke dalam diri dan bebaskan diri anda daripada menunding jari dan menyalahkan pihak lain. Masanya telah tiba untuk memikul tanggungjawab dan sedar siapa anda, apa yang telah anda buat, bagaimana cara anda berfikir, cukupkah ilmu tentang pengurusan cinta dan perhubungan, dengan siapa anda ber’dating’ dan macam-macam lagi.

Perhubungan yang paling penting untuk anda sekarang ialah perhubungan dengan diri anda! Ini adalah misi utama anda. Bina semula hubungan dengan diri anda. Betulkan segala kesilapan dan sikap negative anda. Langkah pertama ini amat penting sebelum anda menjadi diri anda yang baru dalam hubungan sihat dan bahagia selepas ini. Selain itu, pada masa yang ada ini, luangkan masa berusaha menyediakan diri anda untuk cinta yang akan anda kongsi bersama insan lain di masa hadapan.

Masalah kalau anda cepat sangat menjalinkan hubungan baru, diri anda tidak ada “tempoh bertenang” untuk berfikir dan membuat pilihan serta membetulkan semula sikap negative anda.

Cipta perhubungan baru dengan diri anda!Ketahui dengan sebenarnya siapa anda. Ambil masa, jangan gopoh.Bila sampai satu ketika anda pasti tau dan sedar apa kesilapan anda dan terima dengan hati terbuka. Kemudian buat sesuatu yang lain! Ubah sikap negatif. Bila dah terima hakikat bahawa anda juga bersalah dan ada sumbangan kepada putusnya perhubungan anda,luka di hati akan mula sembuh.

Bila anda sedar dan buat keputusan kesilapan itu tidak akan anda ulangi lagi, anda akan rasa lebih baik,lega dan hati akan mula tenang. Akan sampai masa anda toleh ke belakang dan berkata, “Bagaimanalah aku boleh bertindak dan berfikir macam tu?”.

Anda juga akan rasa perasaan sedih dan luka yang amat sangat itu tak patut anda biarkan berlaku pada diri anda. Anda akan toleh kenangan cinta lepas dengan kecewa disebabkan sikap negative anda. Dalam masa yang sama,anda pasti bangga kerana anda telah sedar dan tau,anda takkan biarkan ia berulang lagi.

Separuh dari proses nak pulih dari kepedihan anda sekarang adalah dengan mengakui dan sedar bahawa ada di antara masalah yang telah berlaku, anda juga bertanggungjawab. Tahu macam tu saja tak cukup. BUAT dan lakukan adalah hal yang lain pula!

Sekarang adalah masa untuk BERHENTI menyalahkan orang lain atas keperitan yang anda sendiri juga cipta untuk diri anda. Sekarang adalah masa untuk memaafkan supaya luka dan keperitan ini akan cepat sembuh. Pilihan di tangan anda.

Luka tidak akan sembuh sehingga anda membenarkan diri untuk memaafkan.

Walau apa pun,yang pentingnya berapa lama anda nak tanggung perasaan yang macam ni?

Kalau anda masih juga kata bahawa bekas kekasih anda TETAP yang menjadi sebab putusnya cinta anda dan buat anda derita,kecewa macam ni, saya rasa anda masih tak faham lagi apa yang nak saya sampaikan. Ini adalah masa untuk lepaskan semua perasaan benci tu dan focus untuk menerima tanggungjawab atas pilihan yang ada sekarang. Menyalahkan orang dan pihak lain akan hanya dan sentiasa buat anda tetap berada di tempat anda sekarang serta kekal begini berterusan.

Disiplin diperlukan untuk buat ini semua.Boleh buat ke? Kena faham ya,penderitaan anda ini hanyalah sementara.Derita putusnya cinta BOLEH sembuh. Anda boleh!

Anda akan lakukan bila anda sedar menjadi diri anda yang ceria seperti dulu dan menjadi kuat adalah lebih bermakna dari terus “melekat” dengan kenangan silam dan perasaan benci yang tentu sekali tak mendatangkan hasil.

Anda tak perlukan kekuatan untuk melepaskan…hanya keberanian.

Mulakan sekarang!
_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia putus cinta cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut putus cinta suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta putus cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri

No comments: