28 December 2008

5 Sifat Semulajadi Bagi Sesetengah Lelaki

5 Sifat Semulajadi Bagi Sesetengah Lelaki

TIDAK SUKA BERGOSIP
Bagi sesetengah orang, mengetahui perihal orang lain adalah penting. Apatah lagi jika ianya menjadi bahan bualan orang sekeliling. Katanya tidak mahu ketinggalan informasi. Bagi lelaki lain pula kisahnya. Lelaki lebih gemar menunjukkan reaksi berdiam diri terutamanya apabila membicarakan hal peribadi orang lain. Bagi lelaki, bergosip adalah sesuatu yang tidak berfaedah dan membuang masa. Mereka lebih gemar memilih untuk menyiapkan tugasan sendiri daripada mengambil tahu informasi yang tidak diperlukan. Jadi kamu tidak perlu berkecil hati jika teman lelaki kamu tidak minat terhadap sebarang gosip yang ingin kamu perkatakan.

MEMBELI-BELAH CUKUP MENYEKSAKAN
Orang perempuan, kalau bab membeli-belah memang tak payah disuruh. Kalau tak membeli pun, cukuplah sekadar cuci mata sahaja. Lelaki pula memang agak keberatan jika diminta untuk menemani pasangannya keluar membeli-belah. Buang masa, antara alasan yang sering disuarakan. Apabila diminta pandangan tentang sesuatu barangan yang ingin dibeli, reaksi yang diberi adalah secara acuh tak acuh sahaja. Mereka menganggap kalau tidak membeli-belah, masa terluang tersebut boleh dipenuhi dengan aktiviti lain. Lelaki juga kurg senang kalau masa yang diambil untuk berbelanja sehingga berjam-jam lamanya. Bagi lelaki tidak ada guna terlalu cerewet ketika memilih barangan.

GAGAL BERI JAWAPAN SEPERTI YANG DIHARAPKAN
Sesetengah hal yang dibincangkan dengan pasangan ada kalanya memerlukan lebih perhatian dan tumpuan. Tetapi kebanyakkan lelaki lebih senang menjadi pendengar setia dan memberikan jawapan ala kadar sahaja apabila diminta pendapat mereka sedangkan dalam sesetengah keadaan. pasangannya tadi mmg memerlukan buah fikiran yang bernas untuk membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jadi sekiranya berhadapan dengan situasi ini lelaki seharusnya bersifat lebih matang dan bukannya membuatkan mereka jadi gila dengan perangai acuh tak acuh kamu.

PERLU PERHATIAN KETIKA SAKIT
Tanpa kamu sedari seorang lelaki sebenarnya sangat senang sekiranya dilayan sebaik mungkin ketika sedang sakit. Ketika sakit, lelaki sering merengek dan mengeluh ingin dibelai dan segala-galanya disediakan. Ini jelas menunjukkan ketika sakit lelaki mengharapkan pasangannya menumpukan sepenuh perhatian terhadap dirinya. Tetapi awas!! Jangan sekali-kali mempraktikkannya ketika mereka sihat. Jika tidak kamu akan mendengar keluhan seperti “kenapalah saya diperlakukan seperti seorang bayi” Lelaki akan lebih bosan sekiranya tindak tanduknya diatur oleh orang lain.

BANGGA APABILA ADA YANG MENGGODA.
Bila si dia keluar dating dengan kamu, tiba-tiba ada wanita yang mencuri pandang dengan satu pandangan yang penuh bermakna dan berminat. Dalam keadaan seperti ini lelaki akan berasa bangga dan merasakan saham masih tinggi walaupun sudah ada orang di sebelah tetapi masih ada yang menunjukkan minat. Bila berhadapan dengan situasi ini, untuk “cover line” dengan wajah selamba si lelaki akan berkata “Jangan bimbang I tak akan tergoda kerana I sudah ada U !!”…Tetapi penjelasan yang diberikan ini sebenarnya masih tidak cukup untuk menyakinkan pasangan di sebelah, malah ada yang merasakan kedudukan mereka masih tidak selamat. Oleh itu, awasi mata kamu!!
_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta 5 Sifat Semulajadi Lelaki 5 Sifat Semulajadi Lelaki

No comments: