16 December 2008

3 Lagi Sifat Lelaki Setiap Wanita Mesti Peka

3 Lagi Sifat Lelaki Setiap Wanita Mesti Peka

1) Kenapa lelaki selalu kata hendak telefon tetapi dia tidak menelefon anda?

Bila dia menelefon anda, maksudnya dia mengambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pula; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak menelefon anda pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sedang sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TIDAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang daripada kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun anda mungkin merasa bosan mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu petanda yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut sifat lelaki sejati sifat laki-laki suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri

No comments: