23 October 2008

Isteri Perlu Sentuhan Suami Mahu Luahan

Isteri Perlu Sentuhan Suami Mahu Luahan

Dalam kehidupan sehari-hari, kita tak boleh lari daripada seks. Samada memberi atau menerima itu sudah menjadi tuntutan batianiah yang mesti dipenuhi oleh sepasang suami isteri. Dalam erti kata lain, seks adalah sebahagian daripada kehidupan manusia.

Dalam zaman moden ini, ramai wanita Barat berasa kecewa dengan cara lelaki berfungsi dalam konteks hubungan seksual suami isteri. Ramai wanita mengadu tidak puas apabila berjimak dengan suaminya.

Perbezaan antara lelaki bukan sahaja dari sudut fizikalnya malah dari sudut kejiwaan. Allan Pease dalam buku Body Languange mengatakan bahawa wanita lebih bijak dan lebih tepat daripada lelaki dalam hal menyelami hati. Hal ini juga dicatat oleh ramai sarjana psikologi. Wanita banyak menggunakan otak sebelah kanan yang tidak begitu berpegang pada fakta-fakta tetapi perasaan dan anggapan yang menyebabkan mereka lebih bijak menyelami hati. Namun begitu, ramai wanita mengaku sukar memahami lelaki, sebagaimana lelaki sukar memahami wanita.

Apabila berkahwin, ramai wanita menganggap bahawa hubungan seksual adalah hak lelaki (suami) dan wanita (isteri) pakaian suami. Wanita patut menyedari bahawa nafkah batin itu adalah hubungan seksual yang merupakan hak isteri dan suami adalah pakaian isteri.

Bila wanita menganggap dirinya adalah alat bagi memuaskan nafsu syahwat suaminya, dia dengan sendirinya akan hilang mood dan dingin terhadap seks. Secara tidak langsung dia sukar untuk menerima dan memberi bila suami meminta. Kenikmatan yang sepatutnya dinikmati bersama akan hilang apatah lagi menikmati kepuasan.

Kenikmatan akan timbul hasil penghargaan. Kebahgian itu hasil dari penghayatan. Penghayatan adalah hasil penerimaan yang ikhlas. Rontaan nafsu syahwat lelaki adalah cepat dan tidak bergantung pada rangsangan badani semata-mata. Ini berbeza dengan wanita, yang biasanya memerlukan rangsangan-rangsangan pendengaran, sentuhan, belaian dan ciuman untuk membangkitkan rasa ghairah untuk berjimak. Bagi lelaki terutama yang masih muda, kebangkitan nafsunya adalah automatik. Sekiranya umur lelaki semakin meningkat, dia perlukana lebih banyak sentuhan-sentuhan badani bagi membangkitkan syahwatnya.

Wanitalah yang perlu memainkan peranan membantu suaminya, bukan berdiam diri. Perlu diingat yang pandai menjaga suaminya adalah wanita yang bijak melayani suaminya dalam hal nafkah batin. Ahli psikologi berpendapat bahawa dalam jiwa wanita penuh dengan cinta berahi. Wanita mendambakan cinta dan memberi cinta, tetapi wanita memberinya dalam bentuk yang sukar untuk difahami oleh suaminya, contohnya memasak untuk suami. Sukar ditafsirkan oleh lelaki sebagai manefestasi cinta, apatah lagi apabila sifat lelaki yang lemah dalam menyelam hati budi wanita.

Dalam hal seks lelaki lebih suka kepada perlakuan yang mana luahan perasannya diminimakan dan perasaan isterinya dimaksimakan ketika melakukan hubunga kelamin. Wanita pula lebih suka kepada pujuk rayu, belaian, cumbuan, icuman dan rabaan di mana dari situ dia dapat merasakan kasih sayang seorang suami!

Walaupun lelaki biasanya dianggap oleh wanita sebagai kuat, pada hakikatnya lelaki belum tentu kuat segala-galanya. Dalam aspek berjimak para isteri perlu memahami bahawa lelaki itu tidaklah sekuat mana. Ilmu kelamin tradisi menyatakan bahawa sebenarnya wanitalah yang lebih kuat dan tahan jimak berbanding dengan lelaki, justeru itu para isteri perlu memainkan peranan bagi membantu suami.

Apabila suami mahu berjimak dengan isterinya ini bermakna dia sayang kepada isterinya dan keduanya kerana nikmat kelazatan lelaki tertumpu kepada alat kelaminnya dan ketiga ia adalah jalan sebaik-baiknya untuk menjauhi zina!

No comments: