16 October 2008

HINDRAF Diisytihar Pertubuhan Haram

HINDRAF Diisytihar Pertubuhan Haram

16 Oktober - Pelbagai pihak menyokong tindakan kerajaan mengisytiharkan "Hindu Rights Actions Force" (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

Mereka menyifatkan pengisytiharan itu sebagai sesuatu tindakan yang tepat pada masanya; setelah pelbagai kegiatan yang didalangi kumpulan itu, dilihat memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Tajudin Ahmad berkata, tindakan pengharaman itu dapat melumpuhkan kegiatan mereka yang mengancam keamanan.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al Habshee berkata, pengumuman itu menunjukkan ketegasan kerajaan dalam mengawal mana-mana pertubuhan yang tidak diiktiraf di negara ini.

Beliau berkata, pertubuhan yang kononnya memperjuangkan nasib sesuatu kaum seperti itu tidak diperlukan kerana kerajaan sentiasa memberi layanan sama rata kepada semua kaum.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula berkata, tindakan pengharaman Hindraf juga satu langkah yang baik; walaupun agak sedikit terlewat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam mengisytiharkan bahawa Hindraf diharamkan; berikutan fakta dan bukti menunjukkan Hindraf telah, dan sedang digunakan untuk memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak.

Hindraf telah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Permohonan itu belum diluluskan; tetapi kumpulan tersebut telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit.

-- BERITA24

1 comment:

balan said...

Not sure if this ban make sense as HINDRAF is not a legal organisation in the first place.

As a moderate Indian Malaysian, I don’t agree or support HINDRAF (maybe one of the few Indian who do not support HINDRAF in Malaysia).

No, I’m not a BN Supporter. How many have actually read their memorandum, speeches or attended their gatherings?

The approach, writing and rhetorics incites hatred towards others. They are another organisation hiding behind race, religion, temples and schools. Most of their arguements are flimsy and does not make much sense.

For alternative views on HINDRAF, from a Indian Malaysian point of view, , please visit

http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

(AUg/Sept/Oct Archive)