12 September 2008

Operasi Tangkap Ulat Tiket - Denda 10 Ribu Ringgit atau Penjara 11 Bulan

KUALA LUMPUR, 12 September 2008 - Seorang warga Indonesia yang menjadi ulat tiket didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah menawarkan tiket bas ekspres secara haram. Majistret memerintahkan ulat tiket itu dipenjara 11 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Ulat-ulat tiket itu sebelum ini didapati melakukan kegiatan penjualan tiket secara haram di Stesen Bas Puduraya. Kebiasaannya ulat-ulat tiket beroperasi di stesen-stesen bas utama di bandar-bandar di seluruh negara.


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

No comments: