Penyokong bola Terengganu didakwa
KOSMO!
KUALA TERENGGANU - Tiga penyokong pasukan bola sepak Terengganu termasuk seorang remaja bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tiga tuduhan berasingan memiliki mercun, membaling sos cili serta memaki polis semasa perlawanan Liga Super Terengganu menentang Kelantan malam kelmarin.
Tertuduh, Tuan Hasbullah Tuan Abd. Razif, 24, dari Tanah Lot Kampung Chepoh di sini didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis yang bertugas pada pukul 11.30 malam di luar kawasan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Syah selepas perlawanan itu.
Dia yang mengeluarkan perkataan "baliklah polis, berambus serta polis bodoh" didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100.
Tuan Hasbullah yang mengaku bersalah atas tuduhan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Adila Abd. Latif dikenakan hukuman denda sebanyak RM80 atau tiga hari penjara jika gagal membayar denda itu.
Tertuduh membayar denda itu.
No comments:
Post a Comment