29 January 2011

Siapakah Artis Mangsa Minyak Dagu?

Minyak Dagu Mayat Dara - Minyak Dagu Siam - Minyak Dagu Wanita Mati Dibunuh - Tanda-tanda Terkena Minyak Dagu

Artis mangsa minyak dagu

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Asmah Rusman

KUALA LUMPUR: Akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang pelakon wanita drama bersiri popular membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan.

Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009. Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.


Lebih tragis lagi, pelakon itu yang berusia 27 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai D berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatrik, Hospital Selayang dekat sini, selepas doktor mengesahkan dia mengalami gangguan mental.

“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya di Damansara atas urusan kerja.

“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.

“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu di Gombak,” katanya.

D berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.

“Biarpun dimaki-hamun dan dipukul saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat saya itu,” katanya.

Menurut D, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya.

“Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka,” katanya.

Kemuncaknya, keadaan diri D menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Selepas terlantar di hospital, barulah keluarganya dapat bertemu dengan D selepas dihubungi pihak hospital dan sokongan mereka membuka laluan untuk D kembali pulih seperti sedia kala.

“Saya hanya menangis sepanjang tempoh ditahan di hospital. Ketika itu, bapa menasihati saya supaya kuat semangat dan memohon pertolongan daripada Allah.

“Bimbang melihat keadaan saya semakin parah, bapa membawa saya berjumpa pengamal perubatan tradisional kerana mengesyaki saya terkena ilmu hitam,” kata D.

Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, dia diberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyak dagu pada badannya.

“Saya turut diberitahu lelaki terbabit menggunakan sihir itu untuk mengikis harta ramai gadis sebelum menghilangkan diri,” katanya.

D bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, perbuatan kejam lelaki itu menyebabkan rumah tangga D berakhir apabila dia diceraikan suaminya pada penghujung tahun lalu.

“Tentunya dia marah dan kecewa dengan apa yang berlaku, tapi dia tak tahu saya menjadi mangsa ilmu hitam. Kini saya sudah mampu menjalani kehidupan seperti biasa dan melupakan episod perit yang meragut kebahagiaan rumah tangga saya.

“Saya sanggup berkongsi pengalaman hidup saya kerana mahu ia menjadi pengajaran kepada semua wanita. Berhati-hatilah dan jangan mudah percaya dengan lelaki,” katanya.

Kejamnya Proses Penghasilan Minyak Dagu - Versi Thailand
Seorang gadis akan diculik dan diikat, digantung di atas bara api. Di bawahnya diletakkan periuk. Haba dari bara api akan memanaskan badan gadis tersebut sehingga peluh dan minyak (lemak) mengalir keluar dari badan gadis tersebut. Gadis tersebut biasanya akan menangis sepanjang proses tersebut, sehingga mati.


BERDOSA MENGGUNAKAN MINYAK DAGU - AMALAN SIHIR - KHURAFAT

SOALAN:
Teman wanita saya memutuskan hubungan dengan tiba-tiba setelah kami berkawan hampir tujuh tahun, sejak dari sekolah menengah hingga tamat universiti. Untuk mengatasi masalah, saya sembahyang hajat semoga dia menyayangi saya. Rakan saya mengesyorkan supaya saya menggunakan minyak guna-guna, tetapi saya enggan kerana ada orang kata minyak pengasih ini syirik.

Saya tidak faham apa itu minyak guna-guna. Adakah ia boleh dipakai untuk kebaikan? Terima kasih.

JAWAPAN:
Seorang wanita yang dikenali hampir tujuh tahun, sejak sekolah menengah hingga tamat universiti memutuskan hubungan adalah perkara biasa. Tidak ada hubungan antara saudara dengannya selain daripada kawan. Keadaan mungkin berbeza sekiranya dia kekasih saudara atau sekurang-kurangnya tunang, ataupun saudara pernah bercinta, berjanji akan mengahwininya.

Persahabatan yang begitu lama, kalau saudara serius untuk menjadikannya seorang isteri, saudara sepatutnya meminangnya, atau sekurang-kurangnya memberi tanda. Itu kesilapan saudara.

Mungkin juga saudara menyedari yang saudara menaruh hati kepadanya setelah dia pergi memutuskan hubungan, padahal selama ini, lebih-lebih lagi ketika di universiti, saudara tidak menunjukkan minat kepadanya, lalu dia mengambil jalan nekad mencari teman lelaki lain, dengan harapan hubungannya serius dan menjadi seorang isteri. Ketegasannya patut diberi kredit untuk masa depannya.

Seperkara lain, saudara seorang terpelajar. Apabila usaha sembahyang hajat tidak berjaya atau belum berjaya saudara bercita-cita untuk mengambil jalan pintas, menggunakan ubat guna-guna, atau minyak guna-guna satu pendekatan primitif yang tidak wajar.

Memang ada orang yang beranggapan amalan ini boleh dilakukan kerana tujuannya baik, iaitu untuk menjadikan si mangsa seorang isteri, yang diistilahkan sebagai white magic, bukan black magic.

Menggunakan `minyak guna-guna,' `minyak dagu' atau lain-lain bahan untuk menundukkan seseorang biarpun untuk tujuan dijadikan isteri adalah termasuk dalam kategori amalan sihir. Sihir bererti seseorang itu menggunakan iblis dan syaitan untuk menguasai minda, pergerakan dan segala-galanya menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu di luar kesedarannya.

Amalan ini termasuk dalam amalan yang diistilahkan sebagai at-tiwalah. Orang yang berbuat demikian termasuk dalam golongan orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Allah mengampuni dosa selain daripada dosa syirik.

Terdapat banyak cara menyediakan minyak guna-guna ini, antaranya ialah menggunakan minyak dagu orang mati dibunuh atau minyak yang diambil daripada perempuan mati beranak sulung.

Minyak perempuan mati bersalin diambil pada malam hari yang sama ia dikebumikan. Setelah digali, mayat disandarkan di pangkal sebatang pokok. Kedua-dua belah tangan dipegang oleh dua orang. Seorang lagi melayur dagu mayat dengan lilin yang ditadah dengan tempurung jantan di bawahnya.

Kerja-kerja ini dimulakan selepas tengah malam. Minyak dibawa balik ke rumah, dimasukkan dalam botol kaca, diperasap dan dipuja sehingga minyak itu berbunyi dan mengeluarkan suara apabila nama perempuan berkenaan dipanggil. Suara tersebut adalah suara qarin yang ikut balik bersama minyak.

Menurut keterangan seorang lelaki, minyak dagu yang paling kuat ialah minyak dagu diambil dari perempuan mati mengandung sulung, di mana anak tersebut juga mati dalam kandungan.

Mereka yang hendak membuat kerja ini mesti berbilangan ganjil, iaitu sama ada tiga atau lima orang dan tidak melebihi tujuh orang. Setelah berkumpul di satu tempat, tidak jauh dari tanah perkuburan, mereka akan dijampi, menyebabkan mereka seumpama terpukau, separuh tidak sedarkan diri dan menjadi berani, patuh pada arahan.

Jampi dilakukan oleh orang yang mengetuai kumpulan itu, yang dikatakan mempunyai ilmu batin yang kuat, yang pernah melakukan kerja-kerja seperti ini. Kemudian mereka mesti melucutkan kesemua pakaian dan pergi ke kubur dalam keadaan bogel atau hanya berseluar dalam.

Setiap orang dipakaikan tangkal yang diperbuat daripada 12 helai benang mentah yang diikat di dahi masing-masing, sebagai pelindung daripada segala gangguan yang mungkin datang ketika melakukan kerja.

Setelah mayat dinaikkan daripada lubang kubur, bahagian tertentu badan dicucuh dengan lilin putih. Ada lima tempat sahaja yang perlu dilayur, antaranya ialah pada bahagian siku, pipi kanan, pipi kiri dan dagu.

Menurut responden, mayat itu mungkin akan bergerak ketika dilayur dan akan mengganggu orang yang terlibat. Kerana itu, orang yang mengepalai kerja-kerja ini perlu mempunyai ilmu batin yang kuat, boleh membaca doa tanpa henti-henti dan dengan lancar sambil membalingkan bahan yang dibawa ialah beras kunyit dicampur dengan pasir, yang diambil dari tiga pantai dan buah lenga hitam yang digoreng tanpa minyak.

Mereka yang terlibat balik ke tempat asal di mana mereka berkumpul dalam keadaan telanjang membolehkan iblis dan syaitan ikut mereka sama. Sekiranya orang yang terlibat tiga orang, mereka mesti tidur di tempat berkenaan tiga malam, begitulah yang perlu dilakukan sekiranya kumpulan itu terdiri daripada lima orang. Mayat ditinggalkan begitu sahaja di atas kubur.

Setelah dimasukkan jarum, minyak itu ditapakan dalam tanah. Botol hanya boleh ditutup dengan tutup kaca. Penutup lain, seperti gabus tidak boleh digunakan. Minyak akan meletup keluar dan kering, menyebabkan minyak tidak berapa kuat atau hilang langsung hikmatnya.

Orang yang memerlukan minyak ini mengambilnya dengan kapas, digunakan dengan menculiknya kepada orang-orang tertentu dengan jari manis pada bahagian kulit, dimasukkan dalam makanan atau minuman.

Menurut seorang responden, minyak dagu yang diambil daripada mangsa bunuh yang dilakukan oleh orang yang membuat minyak adalah lebih kuat. Selain diambil selepas tengah malam, minyak ini boleh diambil pada waktu maghrib kerana waktu ini adalah waktu segala iblis dan syaitan keluar dari tempat kediaman atau tempat persembunyian untuk mengganggu manusia, tetapi bagi orang yang terlibat mengambil minyak ini, makhluk tersebut adalah sahabat.

Minyak kadang-kadang diambil seorang diri tanpa pembantu untuk mengelak daripada timbul masalah. Minyak yang dicampur dengan abu orang mati adalah lebih kuat kesannya. Selain dicampur dalam makanan atau minuman, dicalit atau disapu pada kulit, bahan ini boleh ditanam di tempat-tempat tertentu, seperti di bawah tangga, di halaman rumah atau di mana-mana tempat laluan mangsa.

Syaitan (qarin) yang berserta atau menunggu minyak dagu dipuja dengan rangkaian jampi dan diberi arahan atau perintah menjelma dalam mimpi, juga menjelma menyerupai orang yang menggunakannya sebaik sahaja mangsa terkejut daripada tidur. Hal demikian menyebabkan pemikiran mangsa, atau orang yang dipuja akan hanya tertumpu pada orang yang berkenaan, menyebabkan ia rasa gelisah tidak menentu dalam semua keadaan. Sukar hendak tidur. Kalau tidur dia terjaga, kalau terjaga rasa gelisah. Dalam keadaan tertentu mangsa terasa seolah-olah ditarik-tarik untuk menemui orang yang memuja, lalu dia menapak dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pada hakikatnya, perbuatan ini bukan menyebabkan seseorang itu menyayangi pasangannya, tetapi menjadikannya bodoh, seolah-olah dikuasai oleh satu kuasa asing menyebabkannya tunduk melakukan sesuatu di luar kehendaknya.

Selain untuk tujuan di atas, ilmu pengasih jenis ini ada kalanya digunakan untuk menundukkan seseorang, terutama kaum wanita semata-mata untuk tujuan seks, merampas isteri orang, untuk membalas dendam yang dilakukan mungkin kerana pinangan ditolak, perempuan atau lelaki memungkiri janji untuk berkahwin, pihak perempuan menghina atau memandang rendah kepada lelaki tertentu, menyebabkan rasa marah lalu membalas dendam dengan mengenakan sihir jenis ini.

Mangsa ilmu guna-guna jenis ini akan memperlihatkan kelakuan yang aneh dan sering melakukan tindak-tanduk di luar kebiasaan. Orang yang pada asalnya membenci seseorang boleh bertukar menjadi rindu tanpa mempedulikan rintangan, hilang rasa harga diri, tidak peduli nasihat ibu bapa dan sebagainya.

Dalam keadaan tertentu dia akan kembali normal, menyedari siapa dirinya yang sebenar, mengingati keluarga, tetapi dia berasa seolah-olah ada satu kekuatan luar menguasainya menyebabkannya berada dalam keadaan khayal dan terpukau.

Kesan daripada amalan sihir berbeza, bergantung kepada kekuatan roh seseorang dan jenis sihir yang dikenakan iaitu kekuatan syaitan yang terlibat. Ada mangsa yang hilang ingatan sama sekali, tidak tahu apa yang telah berlaku pada dirinya apabila ingatannya pulih kembali. Kebanyakan mangsa tidak menyedari dirinya kena sihir, padahal perubahan besar berlaku pada dirinya.

Iblis dan syaitan berusaha untuk menyesatkan manusia sejauh-jauhnya, agar dapat dibawa bersama terheret dalam neraka bersamanya. Di antara jalan mudah untuk menyesatkan manusia ialah dengan tipu helah, menyebabkan manusia berdampingan dengan jin-jin yang terdiri daripada iblis dan syaitan, menyeru, memanggil dan memuja dengan rangkaian jampi, mantera atau serapah ataupun dengan kata-kata biasa untuk melaksanakan hajat jahat manusia, termasuk amalan menundukkan perempuan atau lelaki agar jatuh kasih kepada si pemuja.

Apabila ini dilakukan oleh seseorang, orang yang berkenaan telah melakukan perbuatan sihir. Salah satu dosa besar yang membinasakan.

Terlalu banyak kaedah untuk menundukkan seseorang, sama ada lelaki atau perempuan selain menggunakan kaedah yang dijelaskan. Apa yang pasti berlaku, amalan seperti ini semuanya melibatkan iblis dan syaitan untuk menyampaikan hajat seseorang.

Biarpun hajat itu baik, untuk menjadikan sebagai teman perempuan yang telah memutuskan hubungan itu kembali mengingatinya, tetapi apabila caranya salah, iaitu menggunakan khidmat jin-jin, maka perbuatan tersebut tetap terlarang dan termasuk dalam golongan orang yang melakukan perbuatan syirik.

Manusia yang berakal tidak akan rela melakukan sesuatu yang menyakiti orang lain, biarpun tujuan asalnya baik. Walaupun demikian, akibat kejahilan diri, manusia yang mempunyai akal waras sekalipun ada kalanya tercebur dengan perbuatan yang menyakiti orang lain.

Saya berkeyakinan andainya saudara tahu hakikat atau rahsia apa sebenarnya minyak guna-guna, minyak dagu, minyak orang mati dibunuh dan yang sebagainya, saudara tidak akan tergamak menggunakannya untuk mengembalikan hubungan teman perempuan saudara yang telah memutuskan hubungan.

Mungkin saudara boleh mendapat minyak ini dengan harga seratus atau dua ratus ringgit, atau lebih murah daripada itu dan dapat menundukkan seseorang, tetapi kalau saudara teringat mayat perempuan yang baru dikuburkan, perempuan meninggal beranak sulung digali, dilayur, dipuja qarinnya untuk ikut balik bersama minyak tadi, saudara akan dapat menyatakan kekejaman manusia.

Kemudian saudara tolong gunakan minyak tadi. Apa perasaan saudara kalau mayat yang digali itu terdiri daripada saudara sendiri, kakak atau sesiapa pun.

Saudara perlu bersifat gentleman, yang terbaik menang, yang kurang baik kalah. Saudara bukan kurang baik, tetapi terlambat sikit. Biar dalam keadaan apa sekalipun, amalan syirik jangan dijadikan gurauan.

Olehj: Dr. Amran Kasimin
Mingguan Malaysia


KELAB MINYAK DAGU! BAHAYA!
MINYAK DAGU – Nam Man Prai

3 JENIS TAHAP MINYAK DAGU :

TAHAP 1 – Belum Bertuan
TAHAP 2 – Sekali Calit Berkesan
TAHAP 3 – Minyak Dagu Suruhan

Medium Perantaraan.. (roh manusia atau Jin atau hantu raya)
Ada juga yang berkata seorang mayat hanya boleh dibuat untuk satu botol atau seorang tuan saja..Ada nama si mati akan dipanggil.. Tetapi yang peliknya ada bomoh membuat minyak ini berpuluh botol pada satu mayat..

Ada yang berkata kalau nak minyak dagu yang berkesan pergi ambik sendiri..Jika kita bertanya kepada ustaz, perawat, bomoh, sami hindu atau buddha, tokcha hajat ingin memiliki minyak dagu anda biasanya akan ditampar di smash.. kalau anda bertanya pun sudah kena syarahan..haha

Minyak dagu ni dah banyak gred.

Gred pertama yang originalnya dari orang yang mati sama..Lebih bagus kalau orang yang mati dibunuh dengan kejam..Ada juga diambil dari perempuan yang mati kemalangan..Ada juga yang diambil dari perempuan mati beranak..Ada juga minyak ini diambil dari buah dada dan dagu..atau apa jua anggota mangsa..

Gred kedua pulak dari sembelihan beruk,monyet atau mawas.Ikut jenis dan warna la. Ada juga dibuat dari kerbau kot..

Yang paling murah pulak dari jenis anjing hitam.

Kegunaan Minyak Dagu:
Minyak dagu yang asli gred tinggi boleh disuruh melakukan tugas berat seperti menggerakkan sesuatu barang serta merta seperti menolak kereta..Biasanya minyak ini sangat berat..Ada cerita mengatakan kapal terbang pun tak boleh berlepas..Boleh dilihat dan diuji dengan mata kasar sesuatu bukti itu.

Boleh membunuh musuh atau pukulan jarak jauh…Lebih hebat dari silat nasrul Haq..Boleh mematah-matahkan kaki musuh beberapa minit sahaja.. Boleh menyakitkan mangsa serta merta…

Boleh mendapatkan cinta berahi dan seks palsu atau mengikat pasangan sehingga akhir hayat… Ada yang tahan beberapa bulan dan ada yang tahan sangat lama..

Boleh membuat aniaya kat kedai atau premis orang lain supaya perniaagaan tidak laku..Biasa untuk bisness war..

Ia juga boleh diperintah apa saja..Seperti cerita lampu aladin..

Kebanyakan yang asli dari siam dan utara semenanjung..Ia amat sukar dibawa semasa hujan..Jika ingin membawa semasa hujan perlu disimpan didalam sesuatu yang neutral. Berhati-hati semasa membawa menyeberangi sungai..Dan hindarkan merentasi lautan..Jika minyak ini tidak digunakan ia akan disimpan kedalam tanah untuk mengelakkan disambar petir. Ada rahsia mengenai minyak dagu ini untuk mengelakkan dari disambar petir..Hanya bomoh siam rangking tinggi (ajaran) yang boleh melakukannnya..Minyak dagu ini kekuatannya bergantung pada wilayah..Dan banyak lagi rahsianya..

Kita sering mendegar mengenai puja dan di jampi oleh Tok Bomoh, seperti minyak dagu, minyak berpuja ( minyak orang mati di bunuh ) telur ayam, kulit kerbau balau yang mati di panah petir, tulang orang mati, tulang babi, tulang kongkang, kulit babi, besi bath siam, tahi besi, paku, rambut, gigi, patung siam, tanah kubur, tengkorak, batu tokong siam atau tokong Hindu, serpihan batu asah dan sebagainya dari segi mentalitinya amat menggerunkan..Tapi kebodohan sesetengah orang dia hanya dengar dan percaya pada sesuatu yang belum pasti..Seperti memiliki barang mistik untuk dibuat tangkal..Padahal tanpa tangkal pun dia mampu melakukannya..Mungkin tangkal itu untuk meningkatkan keyakinan diri..

Group ini juga untuk para pencari atau pemburu yang berhajat ingin memiliki minyak dagu (MD) yang asli..

Group ini juga untuk yang ingin menjual beli minyak dagu di antara satu sama lain atau yang ingin memindah milik minyak dagu secara percuma kerana tidak ingin bersekongkol dengan minyak dagu ini..

Group ini juga untuk membincangkan para penjual minyak dagu palsu atau tidak berkesan dan juga ingin berkongsi pengalaman..

Group ini juga untuk para peminat minyak dagu berinteraksi berjumpa dan juga berkerjasama untuk mendapatkan minyak dagu dari siam dan malaysia..Kerana risiko yang tinggi..

Group ini juga untuk para pengkaji minyak dagu yang ingin membuktikan sendiri dengan mata kepala sendiri..Kerana ini zaman moden, ramai yang tidak percaya kewujudan hantu (jin)…

Group ini juga untuk mereka yang sukar mahu percaya sembang-sembang di warung/kampung atau khabar angin yang belum pasti keampuhannya..Setakat borak/syarahan saja panjang.

Group ini juga yang ingin mencari jalan penyelesaian membebaskan diri dari dibelenggu oleh minyak dagu ini atau yang ingin mencari penawar untuk memulihkan mangsa yang terkena minyak dagu ini..Kerana penangan minyak ini sukar disembuhkan dalam waktu yang singkat bergantung kepada gred minyak dagu dan kaedah membuatnya…

Serta para peminat hantu-hantu (tidak boleh masuk Islam) dan juga yang tidak percayakan hantu (Jin).

Group ini tidak secara terbuka kerana banyak yang takut dan membantah mengenai maklumat minyak dagu, apatah lagi memiliki minyak maksiat atau syirik ini.

No comments: