SUMBER: myMetro, Kolumnis, Karpet Merah
MINGGU ini bermulalah debaran kencang Syamsul Yusof. Ujian terbaru menunggunya di panggung apabila karya seram pertama, Khurafat, mula ditayang. Bagi memenuhi janji saya kepada Syamsul, saya terus kejar tayangan pada hari pertama Khurafat di TGV, KLCC, malam kelmarin.
Sebagai pemenang trofi dalam Festival Filem Malaysia (FFM) dan Anugerah Skrin (ASK) lalu, tentu ada sesuatu yang menarik boleh diharapkan daripada Syamsul. Filem-filem drama aksinya yang lepas sudah terbukti. Bagaimana pula dengan yang ini? Itulah yang saya mahu tengok.
Sebagai mengikut 'trend' yang diminati sekarang, Syamsul menyahut cabaran menghasilkan filem genre seram. Maka lahirlah Khurafat daripada label Skop Productions Sdn Bhd yang sinonim sangat dengan filem melankolik dan aksi. Siapa boleh lupa jasa Datuk Yusof Haslam mencipta fenomena terhebat dengan Sembilu dan Maria Mariana? Awie, Erra Fazira, Ziana Zain adalah antara superstar ciptaan Datuk Yusof. Beliaulah pengarah The Six Million Dollar Man pertama di Malaysia. Namun hari ini dengan bangganya Datuk Yusof membuka laluan karpet merah kepada anaknya pula untuk berkarya dan terbukti langkah itu tidak sia-sia. Dengan penuh optimis saya melihat Syamsul ada ruang dan masa depan yang cerah untuk berjaya seperti ayahnya.
Syamsul sendiri akui, dia mahu membawa pembaharuan kepada Skop Productions dengan menghasilkan filem pelbagai genre. Berbalik kepada Khurafat, petanda awal yang saya lihat, filem itu sudah mula mempengaruhi minda penonton. Melalui tayangan umum yang saya lihat kelmarin, panggung penuh dan bermacam reaksi terlihat.
Ramai penonton terpaksa mengintai di celah jari, ada yang resah, ada yang terjerit dan lebih menarik selepas habis tayangan, ada yang bertepuk tangan sebagai tanda puas. Bagi saya itu sudah cukup untuk menjadi kayu pengukur melihat sejauh mana impak Khurafat di mata dan hati penonton.
Sebelum ini, Ngangkung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah lebih dulu mencuri tumpuan. Bukan sedikit malah kutipan tiket masing-masing melepasi RM7 juta. Maka senyum puaslah David Teo dan Gayatri Su-Lin Pillai.
Kalau kedua-dua Hantu Kak Limah dan Ngangkung bercorak seram komedi, Khurafat pula seram serius. Berdasarkan jeritan penonton, babak paling menyeramkan adalah ketika di bilik mayat dan di dalam van jenazah.
Seperkara yang menarik, saya juga sukakan 'twisted plot' yang Syamsul rancangkan untuk filem ini. Konsep penamatnya seperti sebuah filem Hollywood yang mungkin pernah anda tengok sebelum ini. Namun ia berjaya diolah bagi disesuaikan dengan jalan cerita Khurafat yang turut dilakonkan Sabrina Ali, Liyana Jasmay, Salina Saibi dan Fauziah Nawi.
Saya suka dengan paparan lembaga hantunya yang tidak terlalu jelas dengan solekan mata merah biji saga. Ia lebih menakutkan berbanding kebanyakan filem seram kita kebelakangan ini. Kesan bunyi dan muzik filem ini juga mantap.
Bagaimanapun, beberapa kelemahan kecil terlihat seperti dialog Pak Imam dalam keadaan biasa pun masih seperti orang berkhutbah. Saya perhatikan, sejak dulu lagi, susun dialog pelakon dalam filem Skop Productions agak 'rigid' dan selalu terikat dengan bahasa 'buku'. Saya harap pada masa depan, ia akan lebih 'natural' bagi disesuaikan dengan generasi masa kini. Dari sudut lakonan, saya pernah meminta Syamsul fokuskan dulu minatnya kepada bidang pengarahan. Ini kerana bukan senang nak berlakon dan mengarah secara serentak. Bukan apa, bimbang nanti ada benda yang terlepas pandang.
Terus terang, dalam Khurafat, lakonan Syamsul masih lagi mendatar, cuma pada penghujung cerita ini baru tampak menonjol dengan babak sedih. Atau mungkin Syamsul lebih hebat dengan watak putus cinta, merana dan air mata? Apapun sebagai langkah pertama untuk mempelbagaikan karya, Skop Productions saya anggap sudah berjaya membuka tirai sinema kita dengan karya menarik. Ia tentu akan menjana minat penggemar filem di luar sana untuk terus menonton filem Melayu yang berderet-deret menunggu tayangan. Bangga saya mendengarnya.
Dengan harga tiket sekarang, rata-ratanya RM10, kita juga tentu mahu melihat filem Malaysia yang mana mampu mencipta sejarah - meraih sekurang-kurangnya RM10 juta. Bermakna perlu ada satu juta penonton menyaksikan sesebuah filem itu. Bagi saya, kalau jumlah pawagam cukup dan pelbagai kaum menontonnya, tidak mustahil akan tercapai impian itu dalam sedikit masa lagi.

No comments:
Post a Comment