Pernahkah anda dihubungi oleh promoter, telemarketer atau sesiapa sahaja yang entah dari mana mereka mendapat nombor telefon anda, kemudian menghubungi anda dan mempromosikan sesuatu? Malah mereka juga keberatan untuk memberitahu dari mana mereka mendapat nombor telefon anda dan tentang diri anda. Ya, sebab mereka enggan memberitahu anda adalah kerana mereka telah membuat perjanjian dengan penjual-penjual data peribadi selepas membuat pembelian.
Biasanya penjual-penjual data peribadi ini terdiri daripada pihak dalam sesuatu syarikat yang pernah anda kunjungi, meninggalkan maklumat peribadi dan sebagainya. Mereka juga akan mendapat anggaran gaji bulanan anda, data penggunaan kad kredit anda dan sebagainya yang membantu mereka untuk merasakan anda sesuai menjadi prospek atau pelanggan mereka.
Lebih teruk, data-data ini digunakan oleh scammer atau penipu kaki kelentong yang bermulut manis serta berdaya memukaukan pembeli dengan pujuk rayu dan kata-kata lembut sehingga pijak semut pun tidak mati untuk memancing anda supaya terperangkap dengan permainan helah dan penipuan mereka. Apa yang mereka mahukan, duit anda. Tak kira 50 ringgit, 100 ringgit, 700 ringgit, 900 ringgit, 1000 ringgit, asalkan anda sudah membayar deposit atau wang pendahuluan, mereka sudah cukup gembira untuk menghilangkan diri atau menyusahkan anda dengan tidak memberi komitmen, sukar dihubungi, layanan kasar, ugutan dan sebagainya supaya anda tidak lagi mahu menuntut deposit anda.
Jalan terakhir, laporkan kepada pihak polis. Mereka terus lenyap dan termasuk dalam senarai WANTED. Mereka memadamkan nombor telefon mereka, dan meneruskan aktiviti menipu dan menipu sehinggalah ada pelanggan yang bijak berjaya memerangkap mereka. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh berdebuk ke tanah juga.
Akta lindungi data peribadi mulai Januari
2012-12-13 06:13 Disediakan oleh Berita Harian
Kuala Lumpur: Akta Perlindungan Data Peribadi, yang bertujuan mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersial, akan berkuat kuasa 1 Januari depan.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang, berkata akta itu, yang diluluskan Parlimen pada 2010, akan memainkan peranan penting dalam melindungi kepentingan individu.
Katanya, ia akan menjadikannya satu kesalahan bagi entiti korporat atau individu untuk menjual maklumat peribadi atau membenarkan penggunaan data oleh pihak ketiga.
Beliau berkata, banyak pihak berasakan penguatkuasaan akta itu adalah tepat pada masanya kerana ia akan memudahkan pemindahan dan penghantaran maklumat peribadi serta maklumat yang amat penting dengan lancar.
“Ia memberikan orang ramai lebih banyak kawalan terhadap data peribadi mereka. Apabila persetujuan diperlukan untuk pemprosesan data, ia diberi dengan jelas dan bukannya secara tersirat atau rekaan,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Tahunan Kedua Perlindungan Data Peribadi di sini, semalam.
Audit data berterusan
Beliau berkata organisasi, dari satu sudut, perlu memulakan amalan audit data peribadi secara berterusan untuk memastikan ia mematuhi undang-undang.
Salang berkata, untuk mentadbir undang-undang itu, Jabatan Perlindungan Data Peribadi ditubuhkan pada 16 Mei 2011.
Beliau berkata mengikut akta itu, mereka didapati bersalah boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda RM300,000 atau kedua-duanya. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment