Apple IPhone Wujud Kerana Samsung : Ketua eksekutif Samsung, Shin Jong-kyun mengatakan bahawa tanpa teknologi paten dari Samsung, telefon pintar tidak akan terhasil. Kebenaran itu terbukti kerana tanpa teknologi paten tanpa wayarnya, adalah amat mustahil untuk Cuppertino yang berasakan Apple menghasilkan telefon pintar seperti iPhone.
Seperti yang dunia tahu, Samsung adalah amat kuat dari segi portfolio paten tanpa wayar. U.S. International Trade Commission (USITC) memutuskan untuk mengkaji semula ketetapan awal bahawa Apple tidak melanggar empat paten Samsung Electronics dalam peranti mudah alihnya termasuk iPhone dan iPad.
Ini bermakna Samsung mempunyai peluang untuk meyakinkan hakim bahawa produk Apple yang berasaskan iPhone telah, elanggar paten tanpa wayar yang dimiliki Samsung. USITC akan membuat keputusan muktamad padal Januari tahun depan. Jika keputusan yang dibuat itu memihak pada Samsung, Apple tidak dapat menjual lagi peranti iPad dan iPhone walaupun di tempat sendiri.
Apple dan HTC kini telah selesai pertikaian paten diantara mereka dengan memeterai perjanjian selama 10 tahun, namun Apple dan Samsung masih lagi tidak menemui keputusan muktamad. Terbaru Apple dikhabarkan akan berbincang dengan Google untuk menyelesaikan masalah mereka terhadap Samsung.
Sumber : Koreatimes

Samsung vs Apple : iPad 4 dan iPad Mini Disenaraikan Dalam Tuntutan Saman Pelanggaran Paten Samsung
Pertikaian paten di antara Apple dan Samsung seolah-olah tiada kesudahan. Pada hari Rabu yang lepas, Samsung telah menyenaraikan tambahan 2 produk Apple yang baru dilancarkan iaitu iPad generasi ke 4 dan iPad mini ke dalam tuntutan samannya terhadap Apple yang didakwa melanggar paten teknologi tanpa wayar (wireless) syarikat itu.
Sama seperti kejayaan Samsung yang menyenaraikan model iPhone 5 ke dalam tuntutan samannya pada Oktober lalu, kini syarikat gergasi Korea itu ingin menambah lagi derita kepada Apple dengan penambahan 2 produk tersebut yang dikatakan telah melanggar dua teknologi tanpa wayar UMTS dan beberapa pelanggaran paten yang lain.
Sebelum ini, Samsung juga turut mengemukakan saman terhadap syarikat LG yang dikatakan melanggar paten OLED. Nampaknya, setelah kejayaan Apple memperoleh AS $1.05 billion (RM 3.21 billion) dalam tuntutan saman terhadap Samsung pada bulan Ogos yang lalu menyebabkan tuntutan saman terhadap perlanggaran paten semakin rancak. Diharapkan ia tidak mengganggu fokus syarikat-syarikat ini untuk mengeluarkan produk yang berkualiti dan berinovasi untuk pengguna.
Sumber : Apple Insider
Samsung Berjaya Dapatkan Butiran Perjanjian Apple Dan HTC
Usaha Samsung yang meminta mahkamah dedahkan butiran perjajnjian Apple dengan HTC membuahkan hasil dimana Samsung akhirnya berjaya mendapatkan kebenaran mahkamah untuk melihat butiran perjanjian antara Apple dan HTC.
Samsung menyatakan, perjanjian Apple dan HTC mungkin mengandungi maklumat yang releven untuk Samsung berhadapan dengan Apple di mahkamah AS nanti dan mereka dibenarkan untuk melihat butiran perjanjian dan membandingkannya. Mahkamah AS juga bersetuju Apple perlu menunjukkan butiran penuh perjanjian tersebut secepat mungkin kepada Samsung.
Pada masa ini, butiran tersebut masih disimpan rapi oleh HTC dan Apple tetapi spekulasi telah timbul apabila HTC akan membayar antara $6 dan $8 setiap telefon pintar yang mereka hasilkan kepada Apple. HTC memberikan tindakbalas terhadap spekulasi tersebut dan menyatakan bahawa jumlah itu tidak betul dan tidak berasas. Pertikaian paten di antara kedua-dua syarikat besar ini telah lama berlarutan. Bilakah peperangan dan pertikaian paten di antara Apple dan Samsung akan berakhir?
Sumber : Neowin
No comments:
Post a Comment