Pandelela Rinong Anak Pang penerima pertama UM Olympian
Disediakan oleh Berita Harian
PEMANGKU Naib Canselor UM, Prof. Dr.Awang Bulgiba Awang Mahmud (dua dari kanan), menyampaikan Skim Biasiswa Sukan-UM Olympian dan Tabung Pandelela kepada Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong Pamg (kiri). Turut serta, Pengarah Pusat Sukan UM, Prof.Madya Dr. Mohd Salleh Aman (kanan) dan Timbalan Naib Canselor (HEP) UM, Prof Datuk Dr.Rohana Yusuf (dua dari kiri), pada Malam Anugerah Sukan & Rekreasi Universiti Malaya di Hotel Eastin, Petaling Jaya, malam tadi. - Foto Yong Chee Choong
Petaling Jaya: Ratu terjun negara yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012, Pandelela Rinong Anak Pamg diumumkan penerima sulung Skim Biasiswa Sukan – UM Olympian – yang diperkenalkan pada majlis Malam Anugerah Sukan dan Rekreasi Universiti Malaya (UM) 2012 di malam tadi.
Pandelela, 19, yang mendaftar diri sebagai mahasiswa UM pada 17 September lalu membanggakan negara apabila menjadi wanita pertama meraih pingat di Olimpik menerusi kejayaannya di acara 10m platform individu wanita.
Melalui biasiswa itu, Pandelela dikecualikan yuran pengajian dan penginapan serta menikmati elaun sara hidup dan latihan masing-masing bernilai RM15,000 setiap tahun sepanjang tempoh pengajiannya bermula September 2012 hingga Februari 2015.
Skim biasiswa sukan itu diwujudkan bagi memberi galakan kepada atlet cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk melanjutkan pengajian di UM.
UM juga menubuhkan Tabung Pandelela – UM Olympian bagi menjaga kebajikan atlet Olimpik agar dapat mengikuti latihan dan sukan tanpa mengabaikan aktiviti pembelajaran dalam usaha melahirkan atlet berpendidikan tinggi.
Skim Biasiswa Sukan – UM Olympian dan Tabung Pandelela – UM Olympian dilancarkan Pemangku Naib Canselor UM, Profesor Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, pada acara penghargaan sukan tahunan itu, malam tadi.
“Penubuhan skim dan tabung ini membuktikan komitmen UM menyokong hasrat negara melahirkan lebih ramai atlet cemerlang dalam sukan dan pelajaran,” kata Profesor Dr. Awang Bulgiba.
Pada malam itu juga, 12 anugerah disampaikan kepada penggiat sukan UM yang mengharum nama universiti, negeri dan negara.
INFO: Anugerah Olahragawan/Wati UM
Olahragawan (Pelajar): Bryan Nickson Lomas (Terjun)
Olahragawati (Pelajar): Daphne Ng Chiew Yen (Badminton)
Olahragawan (Staf): Ahmad Radzi Abu (Tenpin Boling)
Olahragawati (Staf): Noor Haslinda Mohd Arif (Karom)
Anugerah Lencana Biru Universiti (Pelajar) Ryan Chong Wy Lunn (Taekwondo); Yati Akhtar Mahtar (Bola Jaring); Nurul Shaffa Mustafa (Bola Jaring); Jerusha Chan Poe Yin (Tenpin Boling)
Anugerah Jurulatih Terbaik: (Staf) Azmi Ismail (tarik tali); (Pelajar): Asnan Md. Zuki (Bola Sepak)
Pengurus Terbaik: Pengurus (Staf): Mohd Fairosz Abdul Karim; Pengurus (Pelajar): Abdul Jalil Khalid (Bola Sepak)

No comments:
Post a Comment